• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pengkhianat’ Sampah Plastik Diberi Tempoh 14 Hari

oleh
28/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) memberi tempoh 14 hari kepada pihak yang membawa sampah plastik ke negara ini supaya membawanya pulang bahan tersebut ke negara asal.

Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, pihaknya telah mengenalpasti mereka yang membawa plastik ini selain notis telah diberikan namun masih ramai gagal memberi kerjasama.

Beliau berkata, tindakan undang-undang mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikenakan terhadap yang gagal mematuhi notis diberikan dengan hukuman denda serta penjara akan menanti mereka.

“Sejumlah 3,000 tan metrik sisa plastik dari 60 kontena dijangka dihantar semula dan kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh pengeksport.

“Daripada jumlah itu, 10 kontena yang telah selesai semua pemeriksaan akan dihantar kembali ke negara asal melibatkan Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Arab Saudi, Jepun, China dan Bangladesh dalam waktu terdekat. Ini adalah tambahan kepada lima kontena yang telah dihantar ke Sepanyol pada 29 April 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan dan tinjauan ke atas sembilan kontena sampah plastik yang akan dihantar pulang ke negara asal di Pelabuhan Barat di sini hari ini.

Mengulas lanjut Bei Yin berkata, MESTECC melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memeriksa 123 kontena yang tiba dari beberapa negara antaranya, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Jepun, China dan Sepanyol dalam 10 serbuan sebelum ini.

“Kontena-kontena ini telah dibawa masuk secara haram melalui pengisytiharan palsu yang mana ia jelas melanggar undang-undang.

“Kami melihat pelaku (yang membawa masuk sampah plastik) ini sebagai pengkhianat kepada negara dan mereka perlu dibawa ke muka pengadilan segera,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya juga telah mengesan sebuah syarikat kitar semula di United Kingdom yang telah mengeksport lebih daripada 50,000 tan metrik sisa plastik menggunakan 1,000 kontena sejak dua tahun lalu.

Katanya, nama syarikat kitar semula ini akan dikumpulkan sebelum dihantar ke kerajaan masing-masing untuk siasatan lanjut.

“Justeru, kami menggesa negara-negara maju untuk mengkaji semula pengurusan sisa plastik dan menghentikan penghantaran sampah ke negara-negara membangun termasuk Malaysia.

“Walaupun Malaysia negara yang kecil namun kita seharusnya tidak dibuli negara maju kerana Malaysia bukan tempat pembuangan sampah,” katanya. – K! ONLINE

Tags: MESTECCsampah plastikYeo Bee Yin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

9 Penguat Kuasa Didakwa 164 Pertuduhan Rasuah

Next Post

Jasad Khoo Kay Kim Dikebumikan Sabtu Ini

Related Posts

Jamal Minta Maaf Fitnah Bee Yin

02/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon maaf kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi,...

Jamal Tarik Balik Mohon Bicara Bersama 2 Kes Saman

06/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menarik balik permohonannya supaya kes...

Next Post

Jasad Khoo Kay Kim Dikebumikan Sabtu Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd