Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Penerbit Filem Maut Semasa...

KUALA LUMPUR - Seorang penerbit filem maut selepas tercampak sejauh 23 meter semasa...

Kakak ‘Ajar’ Adik Yang...

SEORANG remaja, Clare, 17 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri...

Hattan Pengetua, Faizal Ismail...

PETALING JAYA - Konsert minggu pertama Akademi Fantasia 2014 (AF2014) membuat kejutan apabila...

Kejayaan Akademi Pelancongan Langkawi...

LANGKAWI - Pencapaian Akademi Pelancongan Langkawi (LTA) dalam melahirkan lepasan berkualiti untuk menyertai...

Pemberi Cek Ada Niat Sorok Sumber Dana?

KUALA LUMPUR – Peguam Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah melontarkan persoalan kepada saksi ke-31, Halijah Abdul Wahab yang merupakan Penolong Pengurus Maybank KL mengenai kemungkinan sumber dana disorokkan daripada penenerima.

Muhamad Shafee merujuk kepada transaksi tertentu antara Permai Binaraya, SRC, Perdana Putra Construction (PPC), SRC dan akaun Najib.

Halijah mengesahkan selain daripada transaksi pemindahan wang melalui surat arahan ada juga melalui cek.

“Adakah anda bersetuju kemungkinan pemberi cek berniat untuk menyorokan sumber dana itu daripada penerima?” soalnya.

Saksi kemudian mengangguk sambil menyatakan beliau bersetuju dengan andaian tersebut sebelum Muhamad Shafee mengakhiri pemeriksaan balasnya.


Dengan pihak pendakwa tidak mempunyai sebarang soalan untuk Halijah, prosiding kemudian memanggil saksi ke-32 bagi menyambung perbicaraan. – MalaysiaGazette

Kategori