• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu E-Hailing Dakwa Ujian PSV ‘Susah’

oleh
14/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemandu perkhidmatan e-hailing menuntut reformasi bagi lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) dan berharap kerajaan akan memberi pelanjutan tarikh akhir 12 Julai untuk mereka mendapatkan lesen komersial itu.

Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf Ali berkata kurang 10% daripada 200,000 pemandu perkhidmatan e-hailing kini memiliki PSV dan mengatakan faktor seperti yuran yang mahal dan ujian susah sebagai masalah yang dihadapi mereka.

Beliau berkata kerajaan perlu memanjangkan tarikh akhir dengan tambahan 6 bulan lagi.

Beliau mendakwa ramai pemandu mendapati sukar untuk lulus ujian PSV, sambil menambah mereka diberi soalan yang tidak berkaitan dengan industri e-hailing.

“Saya dengar dari rakan sekerja, kira-kira 100 pemandu mengambil ujian dan semuanya gagal.

“Buku tidak dibenarkan dan satu-satunya bahasa yang digunakan dalam Bahasa,” katanya kepada pemberita hari ini, sambil menambah ramai pemandu tidak dapat membaca atau menulis dalam bahasa Melayu.

Beliau berkata pemandu kurang upaya juga tidak diberi taklimat mengenai proses permohonan itu.

“Kami tidak tahu sama ada institusi memandu akan menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk membantu mereka atau sama ada mereka perlu menjalani proses yang sama seperti yang lain.”

Kerajaan berkata ia tidak akan melanjutkan tarikh akhir 12 Julai untuk pemandu e-hailing menjalani kursus memandu PSV, yang merupakan keperluan untuk pemandu teksi konvensional.

Pemegang lesen PSV, yang berharga RM115 setahun, dibenarkan memandu semua jenis kenderaan komersial untuk membawa penumpang seperti teksi dan bas.

Sementara itu, jurucakap pengendali e-hailing lain, Dacsee Community berkata proses permohonan PSV itu mengelirukan.

“Kami menjangkakan ramai pemandu berhenti serta-merta, menyatakan kebanyakan yang melakukan pekerjaan itu sebagai pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan,” kata Asliza Ali. – FMT

Tags: e-hailinglesen psv
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pengarah MKN Terkejut Ada Kem Di Wang Kelian

Next Post

Lelaki Curi Duit Tabung Masjid Dimandi Seperti Jenazah

Related Posts

Pengawal Pengiring Didenda RM1,000 Tumbuk Pemandu E-hailing OKU

Pengawal Pengiring Didenda RM1,000 Tumbuk Pemandu E-hailing OKU

04/11/2024
0

Kuala Lumpur : Seorang pengawal pengiring orang kenamaan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk muka...

300,000 Pelajar Lepasan SPM Pilih Kerja Kilang, E-hailing

300,000 Pelajar Lepasan SPM Pilih Kerja Kilang, E-hailing

29/05/2023
0

KUALA LANGAT: Hanya sekitar 40 pe ratus daripada purata 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) direkod melanjutkan pengajian ke peringkat...

Next Post

Lelaki Curi Duit Tabung Masjid Dimandi Seperti Jenazah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd