• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nira Kurma Sajian Terbaharu Menjelang Ramadan

oleh
04/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Selain pokok kelapa, nipah atau tar, tidak ramai yang mengetahui pokok kurma juga boleh menghasilkan nira jika kena dengan caranya.

Seorang pengusaha dari Kampung Teras dekat Binjai di sini, Mohd. Zain Mohamed, 59, percubaannya menghasilkan nira kurma sejak dua tahun lepas, kini mula menampakkan hasil, apabila orang ramai mulai meminatinya disebabkan rasanya yang mempunyai kelainan dan lebih sedap daripada nira kelapa.

Ia juga didakwa berkhasiat untuk mengubati pelbagai penyakit terutama darah tinggi dan kencing manis.

“Saya pada mulanya menanam 50 pokok kurma sekadar sebagai hobi dan dijual di Kampung Teras, dan ada pekerja saya yang berasal dari Bangladesh memberitahu pokok kurma juga boleh menghasilkan air nira untuk diminum, dan pada masa itulah timbul idea untuk mencubanya.

“Kini, dalam sehari sebatang pokok kurma saya boleh menghasilkan kira-kira dua liter nira dan kadang kala jumlahnya boleh menjadi banyak mengikut cuaca, dan setiap kali tuaian dianggarkan antara 30 hingga 40 liter dapat dihasilkan,” katanya.

Setiap hari, Mohd. Zain mampu menuai hasil sebanyak tiga kali bermula tuaian pertama pada pukul 3.00 pagi, 9.00 pagi dan 5.00 petang.

“Dulunya jumlah nira yang dihasilkan agak kurang, namun dengan jumlah pokok yang semakin banyak insya-Allah bekalan pada Ramadan ini mencukupi, untuk peminat nira atau tuak kurma ini,” katanya.

Setiap 250 mililiter nira kurma biasanya akan dijual dengan harga RM20 berbanding RM5 bagi nira kelapa atau nipah disebabkan cara penghasilannya yang agak rumit serta terhad.

Mohd. Zain berkata, walaupun nira kurma masih baru tetapi ia sudah mendapat permintaan daripada orang ramai yang ingin mencuba.

“Saya cuba buat ketika awal Ramadan lepas dan masih mencari kaedah terbaik untuk mendapatkan kuantiti nira yang banyak, jadi terpaksa menolak setiap permintaan,” katanya yang turut menghasilkan cuka dan manisan daripada nira.

Seorang peminat nira itu, Chia Chee Lin, 43, berkata, air nira kurma itu sangat sedap dan tidak kisah membelinya dengan harga mahal.

“Saya beli kerana khasiat kurma dan saya percaya setiap yang dihasilkan daripada pokok itu juga mempunyai khasiat yang tinggi,” katanya.

Tags: Nira Kurmaramadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Terbunuh, 3 Parah Kenderaan Bertembung

Next Post

Jho Low Jual Rumah Agam AS$39 Juta

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Jho Low Jual Rumah Agam AS$39 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd