• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tidak Pernah Arahkan Tubuh Ihsan Perdana

oleh
28/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi ke-37 prosiding SRC International membabitkan penyewelengan RM42 juta mendedahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah mengarahkan penubuhan anak syarikat Ihsan Perdana Sdn. Bhd. (IPSB).

Kata bekas Pengarah Urusan IPSB, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman mengakui dirinya yang rapat dengan Najib sehingga boleh menemui beliau di kediaman rasmi mahu pun Pejabat Perdana Menteri (PMO) selain berinteraksi menggunakan aplikasi WhatsApp pada bila-bila masa.

Kata Shamsul, Najib tidak pernah sesekali memberitahunya untuk menubuhkan IPSB bagi mengelak konflik kepentingan dengan syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB)

Sebaliknya, kata Shamsul, penubuhan syarikat IPSB sebenarnya datangnya daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim sendiri.

Harvinderjit: Saya hendak tahu, tentang penubuhan Ishan Perdana (IPSB) ini, adakah benar cadangan itu datangnya daripada Shahrol Azral dan bukannya Najib Razak?

Dr. Shamsul: Ya.

Harvinderjit: Adakah Shahrol Azral memberitahu anda keperluan untuk mulakan syarikat ini bagi elak konflik kepentingan syarikat 1MDB?

Dr. Shamsul: Ya betul. Adalah susah untuk pindahan dana kepada Ihsan Perdana untuk tujuan CSR.

Dalam pada itu, Shamsul juga mendedahkan syarikatnya mempunyai tiga akaun Affin Bank yang digunakan untuk tujuan operasi syarikat dan juga menjalankan program-program CSR.

“Cadangan untuk mempunyai tiga akauan berbeza itu datangnya daripada bekas Pengarah Kewangan IPSB, Datuk Abdul Aziz Ismail.

“Satu akaun untuk menerima dana peruntukan, satu akaun untuk program-program CSR manakala satu lagi untuk operasi syarikat, ini dilakukan dengan teliti agar tidak mencampurkan dana-dana itu,” kata Dr. Shamsul.

Ketika disoal peguam bela, Harvinderjit Singh, Dr. Shamsul juga mendedahkan dana-dana itu digunakan dengan teliti sebagaimana objektif untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan serta CSR.

“Kita telah gunakan dana itu dengan membina baik pulih sekurang-kurangnya 5,000 buah rumah seluruh negara bagi golongan memerlukan malah semua ini ada bukti kerana ada laporan audit tentang kerja kami.”

Harvinderjit juga menyoal pernahkah Dr. Shamsul pernah melakukan pindahan wang ke akuan ahli politik seperti yang diarahkan.

“Itu bergantung kepada ‘siapa’ yang tanya tetapi tidak ada sesiapa yang mengarahkan saya berbuat demikian,” terangnya.

Soal Harvinderjit lagi seandainya anda diarahkan untuk pindahkan sejumlah wang ahli politik seperti Perdana Menteri masukan ke akaun beliau, adakah anda akan lakukan?

Dr. Shamsul; Ya saya tidak boleh berikan wang walaupun ianya Perdana Menteri.

Dr. Shamsul juga mengakui tidak ada wang geran (daripada 1MDB) yang telah disalurkan ke akaun Najib.

Tags: 1MDBNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd