• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tandatangan Surat Perjanjian Tambahan RM2 Bilion

oleh
06/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi ke-29, Amirul Imran Ahmat mendedahkan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah menerima permohonan pinjaman tambahan sebanyak RM2 bilion yang kemudian telah ditandatangani oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika masih menjawat jawatan tersebut.

Amirul merupakan bekas Penolong Naib Presiden KWAP (Bahagian Pendapatan Tetap) ketika memberi keterangan berkata, pihaknya telah menerima resolusi daripada Lembaga Pengarah SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) untuk mendapatkan pinjaman tambahan RM2 bilion pada 14 Mac 2012.

Jelas Amirul , Najib kemudian telah menandatangani surat perjanjian pinjaman tambahan RM2 bilion oleh SRC International daripada KWAP itu.

Kata Amirul lagi, KWAP akhirnya memberikan pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada RM3.95 bilion, yang asalnya dengan pinjaman pertama berjumlah RM2 bilion, maka RM2 bilion lagi adalah pinjaman berasingan untuk SRC.

“KWAP meluluskan RM2 bilion bagi permohonan pinjaman pertama SRC sebanyak RM3.95 bilion.

“Ini merupakan pinjaman yang terbesar pernah saya lihat sepanjang saya berkhidmat dengan KWAP. Jumlah sebanyak RM4 bilion,” katanya ketika sesi soal balas dengan peguam pendakwa, Datuk Ishak Mohd. Yusoff.

Khamis lepas, saksi ke-28, Datuk Dr Kamariah Noruddin yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mendedahkan SRC International pernah menerima geran RM20 juta daripada kerajaan sebagai modal permulaan.

Kata Kamariah, syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pernah memohon peruntukan RM3 bilion bagi penubuhan SRC International.

Jelasnya, SRC bertujuan mengekalkan pegangan strategik dalam pengeluaran negara, antaranya arang batu, uranium, besi, aluminium, minyak dan gas.

Tags: KWAPNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Avengers: Endgame Kutip Lebih AS$2 Bilion Kurang 2 Minggu

Next Post

Polis Masih Buntu Kenal Pasti Pembunuh Valentino

Related Posts

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus bagi tahun berakhir 31...

Anwar Umum Pelaburan RM3 Bilion KWAP Melalui Dana Pemacu

Anwar Umum Pelaburan RM3 Bilion KWAP Melalui Dana Pemacu

28/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bakal melabur sebanyak RM3 bilion...

Next Post

Polis Masih Buntu Kenal Pasti Pembunuh Valentino

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd