• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib, Hadi Rakam Ucapan Takziah

oleh
22/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemimpin pembangkang hari ini merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat agar mendoakan roh Almarhum dicucuri rahmat ALLAH, diampunkan segala dosa baginda dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.

“Marilah kita mendoakan roh Almarhum,” titipnya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang dan rakyat di negeri itu.

“Merafak sembah takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, keluarga, ahli-ahli kerabat diraja dan seluruh rakyat Pahang atas kemangkatan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah,” tulis Najib di Facebook beliau hari ini.

Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.

Khabar dukacita itu disahkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Almarhum Sultan Ahmad Shah, 89, merupakan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menyerahkan takhta kepada Al-Sultan Abdullah pada 12 Januari lalu.

Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dengan Almarhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Fatimah Sultan Iskandar Shah.

Almarhum dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974, dua hari selepas kemangkatan ayahanda baginda, selain pernah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada tahun 1956, 1959 dan 1965 kerana sultan berada di luar negara.

Baginda dikurniakan gelaran Tengku Mahkota Pahang di Istana Seri Terentang, Pekan pada 25 Mei 1944 sebelum dimasyhurkan buat kali kedua pada 29 Mei 1949. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangNajib Tun RazakSultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd