• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dakwa Laporan Berita The Edge Tidak Betul

oleh
20/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri menempelak laporan The Edge yang mendakwa polis mendapati barangan kemas yang dirampas di kediamannya tahun lalu ada kaitan dengan Jho Low.

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan laporan berita portal itu tidak adil apabila hanya menggunakan sumber yang tidak dinamakan untuk membuat dakwaan yang ditegaskannya tidak benar.

“Hari ini, mereka mengeluarkan laporan berdasarkan sumber yang sekali lagi tidak dinamakan bahawa pihak polis telah ada bukti bahawa Jho Low adalah pembeli aset-aset yang dirampas oleh pihak polis dari saya dan keluarga saya. Ini tidak benar,” katanya menerusi Facebook semalam.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, polis yang menyiasat telah mengesahkan aset yang dirampas sebelum ini mempunyai kaitan dengan perolehan haram.

Malah, sehingga kini tiada tindakan sivil untk meluputkan hak aset itu dilakukan, katanya lagi.

“Jika ada bukti bahawa aset dan dana itu diperolehi dari sumber haram ataupun rasuah, sudah tentu tindakan ke atas saya atau keluarga saya adalah tindakan jenayah.

“Sebaliknya, tindakan yang diambil oleh kerajaan PH adalah tindakan sivil untuk luput hak – bukan jenayah.

“Notis luput hak yang difailkan kepada saya dan keluarga saya adalah berdasarkan dakwaan “Nilai aset yang dirampas tidak setara dengan jumlah pendapatan,” ujar beliau.

Tambahnya, seperti Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mengesahkan menerima hadiah puluhan kereta dan kuda berharga puluhan juga dari Raja Arab Saudi, kelebihan sebegitu turut diterimanya sewaktu memegang jawatan tersebut.

“Perlu ingat juga bahawa PM ke-7 minggu lepas mengaku dia dihadiahkan 27 buah kereta semasa dia menjadi PM kali pertama.

“Maka tidak hairan bahawa saya dan keluarga saya juga diberi hadiah-hadiah oleh kawan-kawan atau kerabat diraja selama ini,” kata Najib yang pernah menjadi Menteri Besar Pahang pada 1982.

The Edge juga melaporkan, para penyiasat telah menjejaki ratusan juta dolar Amerika Syarikat yang masuk ke dalam empat akaun syarikat di Singapura datangnya dari 1MDB.

Syarikat-syarikat di Singapura itu didakwa membelanjakan AS247.59 juta (RM1.03 bilion) daripada dana 1MDB untuk membeli barangan kemas daripada 30 tukang emas dari seluruh dunia dan kebanyakannya didakwa yang ditemui di Pavilion Residencies. – MalaysiaGazette

Tags: 1MDBNajib Tun RazakSRC InternationalThe Edge
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bubur Lambuk Air Tangan Raja Permaisuri Agong

Next Post

Netizen ‘Geli’ Tengok Iklan Affin Bank

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Netizen ‘Geli’ Tengok Iklan Affin Bank

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd