• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bubur Lambuk Air Tangan Raja Permaisuri Agong

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kelincahan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah ‘beraksi’ memasak bubur lambuk resepi istimewa baginda di Masjid Jamek, Kampung Baru dekat sini menarik perhatian anggota kariah dan orang ramai di sekitar kawasan itu.

Rata-rata mereka begitu teruja apabila dapat melihat sendiri kehadiran Tunku Azizah yang terkenal dengan hobi memasaknya, apabila baginda tidak kekok menyingsing lengan baju menyediakan sendiri dua kawah bubur lambuk ayam dan daging, antara makanan tradisi setiap kali menjelang Ramadan itu.

“Makcik pertama kali tengok Raja Permaisuri masak, selalu dengar cerita dan tengok kat televisyen Tuanku pandai masak, ini tengok sendiri memang rasa gembira lah, memang nampak kehandalan Tuanku masak, tak sabar nak rasa air tangan Tuanku,” kata Siti Wahab, 65, anggota kariah di Masjid Kampung Baru selama 10 tahun.

Melalui Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) itu, bubur lambuk berkenaan kemudiannya dibungkus kepada 1,000 bungkusan, dimana Tunku Azizah turut berkenan mengedarkannya sendiri kepada wakil masjid daripada tujuh zon di Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd. Ajib Ismail berkata, dua kawah bubur lambuk yang dimasak oleh Tunku Azizah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 71 buah kawah bubur lambuk termasuk satu penyertaan daripada Persatuan Anak Melayu Johor yang dimasak secara gotong-royong melalui program berkenaan.

“Ia dianggarkan boleh dibungkus kepada 13,600 bungkusan,” katanya ketika ditemui pemberita.

Jelasnya, program yang pertama kali dianjurkan secara bersama antara masjid-masjid di Wilayah Persekutuan itu turut mendapat kerjasama antaranya Istana Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

“Tahun ini JAWI ambil inisiatif untuk melibatkan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan secara bersama dalam acara perdana ini. Program ini bertambah seri dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong,” katanya.

Mohd. Ajib berkata, pihaknya turut berharap agar program itu menimbulkan perasaan peka dan prihatin terhadap masyarakat kurang berkemampuan untuk berbuka puasa selaras dengan konsep rahmah yang dibawa oleh Kerajaan.

Turut hadir pada program itu ialah Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Seri Syed Hussien Abd Kadir.

Tags: bubur lambukKampung BaruRaja Permaisuri Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Berangkat Ke Konvokesyen UTM Ke-70

Raja Permaisuri Agong, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Berangkat Ke Konvokesyen UTM Ke-70

14/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen...

Raja Permaisuri Agong Dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Santuni Pemuda Tabah Jaga Ibu Sakit Strok Lebih 10 Tahun

Raja Permaisuri Agong Dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor Santuni Pemuda Tabah Jaga Ibu Sakit Strok Lebih 10 Tahun

05/11/2026
0

KLUANG - Keprihatinan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi bantuan kepada seorang pemuda yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd