• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perlis Buat Laporan Polis Diugut Dicederakan


oleh
02/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membuat laporan polis setelah menerima ugutan daripada seorang pemilik akaun Facebook untuk mencederakannya, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, Mohd. Asri menerima kiriman mesej ugutan itu melalui Facebook ketika berada di rumahnya di Padang Besar dekat sini, kira-kira pukul 6 petang.

Kata beliau, dalam kiriman mesej tersebut, pemilik akaun bernama ‘Sandev Sandev’ itu mengugut untuk menumbuk Mohd. Asri sehingga cedera.

“Pemilik akaun itu turut menyertakan satu nombor telefon dan meminta Mohd. Asri supaya menghubunginya sebelum dia datang mencari.

“Berikutan itu, pengadu telah membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Asri sebelum ini mempersoalkan penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia Perlis, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang juga seorang pendakwah, kerana didakwa telah menghina agama Hindu.

Menurut Mohd. Asri penahanan itu adalah tidak wajar kerana Muhammad Zamri hanya berkongsi pengalaman hidupnya di hadapan umat Islam di sebuah masjid secara tertutup, baru-baru ini.

Mohd. Asri sebaliknya melahirkan rasa hairan dan kesal apabila tindakan seorang individu yang mengugut beliau dan Muhammad Zamri menerusi satu rakaman klip video tidak ditangkap.

Menurut Mushar, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. – UTUSAN ONLINE

Tags: laporan polisMohd Asri Zainul AbidinPeras Ugut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Jangan Risau Mama” – TMJ

Next Post

Raja Thailand Mengahwini Pengawal Peribadinya

Related Posts

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

23/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin menegaskan tidak akan berdiam diri dalam menuntut...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Next Post

Raja Thailand Mengahwini Pengawal Peribadinya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd