• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mrs World: Wanita Berkahwin Harus Taruh Impian Besar

oleh
08/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – “Wanita yang berkahwin harus menaruh impian besar dan jangan berkompromi dalam impian dan harapan mereka,” kata Kokilam Kathirvailu, yang meraih tempat ketiga pertandingan ratu cantik Mrs World 2019 yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

Kokilam, 34, berkata wanita yang sudah berkahwin harus menyedari bahawa kehidupan tidak berakhir apabila mereka menikah kerana ada banyak perkara yang mereka boleh sumbangkan untuk pembinaan negara dan memperkasakan wanita.

“Dengan memenangi pertandingan ratu cantik ini, saya mahu menjadi contoh, iaitu seseorang wanita yang baru berkahwin, kehidupan mereka tidak berakhir. Harus menaruh harapan besar dan capailah impian itu.

“Wanita yang berkahwin sama ada seorang wanita yang berkerjaya atau bergelar ibu, tidak harus tinggal di rumah dan harus belajar pelbagai tugas,” katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Las Vegas di sini, hari ini.

Kokilam, yang berasal dari Kuala Lumpur, dan mempunyai tiga anak, berkata pertandingan ratu cantik itu sengit kerana beliau terpaksa bersaing dengan 36 peserta negara lain.

Beliau berkata, ia adalah satu penghormatan kerana buat kali pertama dalam tempoh 35 tahun, seorang rakyat Malaysia berjaya muncul sebagai seorang daripada tiga pemenang utama dalam pertandingan ratu cantik Mrs World.

Mengenai masa depannya, Kokilam berkata, beliau mahu bekerja dan menyokong usaha pemerkasaan wanita.

Sementara itu, Datin Harveen Kaur, yang merupakan Pengarah Nasional Mrs Malaysia World, memuji pencapaian cemerlang Kokilam di peringkat antarabangsa walaupun telah berumah tangga dengan memikul tanggungjawab yang berat.

Mrs World adalah pertandingan ratu cantik pertama dan tertua di dunia yang diasaskan oleh David Marmel yang juga presidennya. Ia diwujudkan pada 1984 dan kini mempunyai pengarah nasional di 80 negara.

Tags: Kokilam Kathirvailumrs world 2019ratu cantik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pencuci Kubah Masjid Digelar ‘The Unsung Hero’

Next Post

“Anthony Loke Sila Buat U-Turn Segera”

Related Posts

Si Ratu Cantik Angkat Senjata

17/05/2021
0

YANGON - Rupawan ini bukan sebarangan Ratu Cantik Myanmar, sebaliknya memiliki semangat juang tinggi dan sanggup mengangkat senjata bagi menentang...

Bekas Ratu Cantik Doktor ‘Frontliners’ Membasmi COVID-19

14/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Dr Nisha Thayananthan yang pernah merangkul gelaran Miss World Malaysia 2019, turut membantu golongan memerlukan yang terkesan...

Next Post

"Anthony Loke Sila Buat U-Turn Segera"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd