Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

COVID-19: 5,162 Kes Baharu

PUTRAJAYA : Kes harian COVID-19 di negara ini kekal menunjukkan trend penurunan apabila...

Kenaikan Harga Minyak Cetus...

KEMUDAHAN minyak Saudi Aramco di Arab Saudi diserang dua dron pada 14 September...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

Helah… Gambar Kalimah Allah...

KETIKA berlangsungnya pengebumian jenazah bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik...

Maut Dihempap ‘Lori Hantu’ Dipandu Sendiri

GUA MUSANG – Seorang lelaki dipercayai warga Myanmar maut dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya hancur apabila ‘lori hantu’ yang dipandunya terbabas dan terbalik dalam kejadian di Jalan Ladang Aring 5, di sini, malam tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 10 malam, mangsa yang belum diketahui identiti berumur lingkungan 30 tahun maut serta-merta di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, sebaik tiba di lokasi, kenderaan berat jenis Volvo itu dipercayai telah tergelincir di tebing jalan akibat tanah lembut sebelum terbalik ke arah kanan jalan.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dipercayai memandu bersendirian lori yang tidak mempunyai cukai jalan dan insuran perlindungan itu.

“Mangsa tidak sempat keluar menyelamatkan diri ketika kenderaan berat itu terbalik lalu menghempap tubuhnya.

“Mayat mangsa yang tersepit di bawah kepala lori itu dibawa keluar oleh sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat,” katanya sambil memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor berkata, 10 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.25 malam.

“Operasi mengeluarkan mangsa tersepit mengambil masa hampir tiga jam dan tamat pada pukul 3.06 pagi sebelum mayatnya kita serahkan kepada pihak polis,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori