Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Menangi Hati Rakyat Dengan...

KOTA BHARU - Anggota UMNO terutama pemimpin di peringkat bahagian perlu mengutamakan agenda...

Hazwan Bakri Dipilih Pemain...

LAMAN web bola sepak antarabangsa, Goal.com pada minggu ini memilih penyerang Selangor Ahmad...

Peminat ‘Diuji’, PRU14 ‘Clash’...

PARA peminat penyanyi antarabangsa, Bruno Mars yang telah membeli tiket konsert bintang pop...

Kes COVID-19 Global Kini...

BEIJING - Kes COVID-19 global pada Selasa kini berjumlah 100,032,461 juta dengan 2,149,818...

Malaysia Terkandas Di Suku Akhir Piala Sudirman

PERJUANGAN skuad badminton negara pada kejohanan Piala Sudirman 2019 terhenti di suku akhir selepas tewas 0-3 kepada Jepun di Nanning, China, hari ini.

Malaysia terlepas peluang meraih mata berharga apabila gandingan Teo Ee Yi-Ong Yiew Sin yang turun selaku wakil pertama tumpas kepada Takeshi Kamura-Keigo Sonoda 21-13, 24-26, 21-23.

Pada perlawanan pertama berlangsung selama satu jam 35 minit itu, pasangan negara mempamerkan aksi cemerlang untuk menguasai set pertama 21-13, sebelum gandingan Jepun yang menduduki ranking kedua dunia kembali meraih kemenangan 26-24 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun, rentak permainan Ee Yi-Yew Sin yang rancak menyerang dan mematahkan serangan pemain Jepun, terencat apabila Ee Yi mengalami kecederaan di dagu selepas terkena kasut rakannya itu ketika mereka sama-sama rebah di gelanggang pada kedudukan terikat 19-19.

Wakil kedua negara, Soniia Cheah yang turun selaku pemain perseorangan wanita turut memberi tentangan sengit kepada pemain nombor dua dunia, Nozomi Okuhara sebelum tewas 16-21, 13-21.

Pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia turut membuktikan beliau mampu bersaing dengan pemain terbaik dunia apabila tidak memberi laluan mudah kepada Kento Momota sebelum pemain Jepun itu meraih kemenangan 21-18, 21-16.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian skuad negara meskipun tewas di tangan pasukan pilihan kedua kejohanan itu.

Katanya, skuad negara yang dibarisi pemain muda tanpa lima Olimpian telah menunjukkan prestasi terbaik dan membuktikan mereka layak diberikan sokongan mencari slot kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.


Beliau berkata skuad negara adalah satu-satunya pasukan yang di luar daripada senarai lapan pasukan pilihan yang layak ke suku akhir.

“Saya kecewa kerana tuah tidak bersama kita…mungkin keadaan sedikit berbeza sekiranya pasangan negara (Ee Yi-Yew Sin) menang. Tapi kita harus akur faktor kecederaan dialami Ee Yi mungkin sedikit mengganggu mereka untuk sumbang mata pertama.

“Namun saya puji semangat juang tinggi pemain beregu lelaki negara, serta permainan yang ditunjukkan Lee Zii Jia,” katanya.

Mengenai kecederaan dialami Ee Yi, Mohamad Norza berkata, pemain kelahiran Muar, Johor itu telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kekalahan skuad negara pada edisi kali ini, menyaksikan Malaysia mengulangi pencapaian dua tahun lepas di Gold Coast, Australia apabila mara ke suku akhir sebelum tewas 1-3 kepada Jepun.

Kategori