• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Anggap TMJ ‘Budak Kecil Bodoh’

oleh
06/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dr. Mahathir Mohamad hari ini menggunakan bahasa paling keras terhadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan menggelar Tunku Mahkota Johor itu atau TMJ sebagai “bodoh”, sekali gus mengancam untuk menghangatkan lagi sengketa terbuka antara mereka berdua.

“TMJ ni budak kecil. Dia bodoh sebab tidak tahu apakah yang sedang berlaku. Jadi janganlah bercakap kalau tak tahu apa yang berlaku,” kata perdana menteri dalam temu bual khas dengan media di pejabatnya hari ini.

“Saya tidak mahu komen tentang Sultan kerana jika saya cakap apa-apa, itu tidak baik. Tidak baik sebab dia sultan,” katanya.

Dr. Mahathir menjawab soalan berhubung dakwaan Tunku Ismail bahawa banyak jasa ayahnya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak didedahkan kepada umum.

TMJ sebelum ini berkata, keluarga diraja Johor menjadi mangsa serangan peribadi dan dikritik secara tidak adil berkaitan projek Sistem Aliran Transit.

Sabtu lalu, melalui aplikasi Tweeter, Tunku Ismail menyenaraikan beberapa sumbangan Sultan Johor seperti program perumahan mampu milik, Rumah Impian Bangsa Johor, dengan tanahnya di Bandar Dato Onn di Mersing diberikan dan dibangunkan oleh Sultan Johor.

“Berita mengenai jasanya tidak dihebahkan,” katanya.

Terdahulu beliau mengongsi kenyataan Sultan Ibrahim yang bersedia menyerahkan sekeping tanah di Bukit Chagar kepada kerajaan tanpa kos sekiranya projek pembinaan RTS yang menghubungkan Johor Bahru dengan Woodlands di Singapura diteruskan serta-merta.

Hubungan antara Putrajaya dengan istana Johor tegang sejak kebelakangan ini berkaitan beberapa isu seperti ratifikasi Statut Rom, peletakan jawatan menteri besar Johor, Osman Sapian dan cadangan mengganti perdana menteri. – FMT

Tags: Mahathir MohamadProjek RTSTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd