• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tikam Budak Perempuan 10 Tahun Direman

oleh
21/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan ditikam di Bandar Sungai Long, Kajang, Sabtu lepas.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di kawasan Batu 9, Cheras pada 3.30 pagi Ahad, kata Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Lelaki itu direman 6 hari sehingga 24 Mei, katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi Sabtu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cedera akibat ditikam di dada dan perut ketika tidur. Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Kajang.

Ahmad Dzaffir berkata ada saksi yang melihat suspek sebelum kejadian dalam keadaan mabuk selain rakaman litar tertutup menunjukkan lelaki terbabit berkeliaran di kawasan kaki lima kedai berhampiran lokasi kejadian.

Lelaki terbabit dapat masuk ke rumah mangsa yang terletak di tingkat 3 apabila pintu utama rumah mangsa tidak berkunci, katanya.

Ahmad Dzaffir berkata hasil siasatan mendapati suspek bertindak di luar kawalan ketika mabuk dan menikam mangsa apabila kanak-kanak itu menjerit setelah menyedari kehadiran suspek di dalam biliknya.

Beliau berkata lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri tetapi meninggalkan motosikal miliknya di hadapan sebuah kedai berhampiran tempat kejadian.

“Semasa kejadian ayah kanak-kanak itu yang berusia 48 tahun berada di rumah dan tidur di biliknya dan dia menyedari kejadian itu apabila mendengar jeritan anaknya.

“Polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan botol arak dipercayai milik suspek,” katanya.

Tags: kanak-kanakkes tikam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Apa Kata Zuraida? Ampang Jaya Kawasan Sampah”

Next Post

Kes Saman Kelantan Terhadap Petronas Selesai

Related Posts

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

24/05/2025
0

BAYAN LEPAS: Tempoh reman terhadap bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang disyaki didera, di sini, dilanjutkan sehingga 29 Mei...

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

05/05/2025
0

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan...

Next Post

Kes Saman Kelantan Terhadap Petronas Selesai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd