• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Nigeria Suspek Bunuh Siti Kharina Direman 7 Hari

oleh
17/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Suspek utama iaitu lelaki warga Nigeria yang disyaki terlibat dengan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret A. Akhiruddin selama tujuh hari bermula hari ini hingga 23 Mei depan.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 36 tahun itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kosmo! Online semalam melaporkan, misteri kehilangan Siti Khairina sejak 8 Mei lalu akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui di rumah sewanya di sebuah kondominium di Cyberjaya dekat sini Rabu lalu.

Penemuan mayat Siti Kharina terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat darah mengalir keluar dari pintu kediaman terbabit kira-kira pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, susulan laporan itu, polis telah bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang wanita terbaring dalam keadaan tidak berpakaian lengkap selain terdapat kesan kelar pada dada, leher dan kepala mangsa.

Susulan penemuan mayat mangsa, polis telah membuat dua tangkapan ke atas seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria.

Sementara itu, suspek ditahan di Cheras Sentral Mall, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang semalam.

Siti Khairina dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di tempat letak kenderaan Hospital Serdang di dalam sebuah kereta Honda City pada pukul 4 petang hari kejadian. – K! ONLINE

Tags: kes bunuhketua jururawatNigeriaSiti Kharina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd