• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KXP Bukan Pelengkap Tetapi Pesaing Kepada LTAPP

oleh
02/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Kerajaan negeri menegaskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) bukan sebagai pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebaliknya sebagai pesaing kepada lapangan terbang berkenaan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, persaingan pasti wujud antara LTAPP dan KXP untuk mendapatkan syarikat-syarikat bagi menggunakan perkhidmatan kargo di Koridor Utara.

“Selain itu, KXP juga akan menyebabkan pengurangan kadar penggunaan kemudahan infrastruktur kargo sedia ada di LTAPP.

“Antara impak lain ialah negeri ini bakal kehilangan pelabur yang beralih arah ke kawasan Kulim dan kemungkinan besar ke negara lain yang seterusnya mengurangkan pelaburan langsung asing (FDI),” katanya dalam sidang DUN di sini hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) menjawab soalan A.Kumaresan (PKR-Batu Uban) berhubung impak pembinaan KXP kepada ekonomi Pulau Pinang untuk jangka masa panjang.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Kerajaan Pusat meluluskan cadangan pembinaan projek KXP membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.

Bagaimanapun, projek KXP mendapat bantahan daripada kerajaan negeri kerana ia akan memberi impak dari segi ekonomi kepada negeri itu. – UTUSAN ONLINE

Tags: Chow Kon YeowKXPLTAPP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

13/08/2023
0

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal...

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

Bekas KM Pulau Pinang Dua Penggal Tak Boleh Dilantik Semula – Chow

05/05/2023
0

Mana-mana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkhidmat selama dua penggal sebelum atau selepas pindaan Perlembagaan Negeri berkuat kuasa, tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd