• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontrak Abdul Hamid Sebagai KPN Tempoh 2 Tahun

oleh
02/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hamid Bador telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu secara kontrak untuk tempoh selama dua tahun.

Abdul Hamid menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, yang akan bersara wajib esok.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah perkenan pelantikan itu atas nasihat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu berkuatkuasa esok hingga 3 Mei 2021.

“Pelantikan secara kontrak selepas bersara Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 4 Mei ini hingga 3 Mei 2021.

“Ia dibuat di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hamid adalah Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang juga bersara pada pertengahan Mac lalu.

Dalam kenyataan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohamad Fuzi di atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Polis Negara sejak 4 September 2017. – MalaysiaGazette

Tags: Abdul Hamid BadorKetua Polis Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

27/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis dan kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan konspirasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd