• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Sudah Selamat Nikah Pun” – PU Abu

oleh
08/05/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan akhirnya mengesahkan dia sudah berkahwin dengan ibu tunggal beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa.

PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi berkata, hubungannya bersama wanita itu kini sudah halal sebagai suami isteri selepas mereka dinikahkan pada awal bulan lalu.

“Saya tidak akan menafikan yang melihat saya di sempadan 2 Mei lepas.

“Terima kasih menyebarkan. Yang penting hubungan saya sudah halal,” katanya ringkas sambil berkongsi berita gembira itu menerusi status di Instastory miliknya pada awal pagi ini.

Apa pun penjelasan itu mengesahkan maklumat daripada individu yang mendakwa melihat PU Abu bersama seorang wanita dipercayai Hana Azraa berada di Satun, Thailand pada 2 Mei lalu.

Dalam pada itu, PU Abu sempat mengingatkan netizen untuk menjaga hal masing-masing dan berhenti menghukumnya.

“Berhenti mengecam saya seolah-olah hanya saya yang melakukannya. Sila jaga tepi kain masing-masing,” ujarnya.

Bagaimanapun pendakwah bebas itu telah menyahaktifkan akaun Instagram selepas lima minit mengesahkan perkara berkenaan.

Akaun itu kemudiannya diaktifkan semula beberapa jam kemudian dan status di Instastory juga terpadam.

Pada 3 Mei lalu, PU Abu dan Hana Azraa ada memuat naik status berbunyi “Alhamdulillah” dan “Officially” melalui Instastory masing-masing yang memberi bayangan mereka berkongsi kegembiraan selepas dinikahkan.

Kontroversi rumah tangga PU Abu mula mendapat perhatian pada April lalu apabila bekas isterinya Ain Ani mendedahkan telah diceraikan ketika sarat mengandung tujuh bulan.

Ain turut memberitahu punca perceraian itu disebabkan orang ketiga iaitu seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Ain juga mendedahkan PU Abu meminta keizinan untuk berpoligami ketika dua bulan mereka mendirikan rumah tangga. – MalaysiaGazette

Tags: Ain AniHana AzraapoligamiPU Abu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PU Abu, Ain ‘Afini Kekal Suami Isteri

15/05/2019
0

KLANG - Teka-teki status rumah tangga ustaz selebriti, PU Abu dan Ain 'Afini Latif, 23, akhirnya terjawab apabila Mahkamah Rendah...

Perak Cadang Permudah Urusan Poligami

30/10/2018
0

IPOH - Kerajaan negeri Perak bercadang meminda Seksyen 23 Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 bagi memudahkan individu melakukan urusan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd