• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jho Low Dibawa Balik Dalam Masa Terdekat

oleh
22/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANTAU PANJANG – Polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terlibat dengan isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut mengenai petunjuk tersebut.

“Insya-ALLAH kita akan bawa balik Jho Low tidak lama lagi dan semua orang tertunggu-tunggu kerana dia adalah petualang (Jho Low) yang telah melakukan ‘rompakan’ sehingga negara terhutang dengan begitu wang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan singkat ke Kelantan hari ini selepas meluangkan masa melakukan tinjauan di sempadan Malaysia – Thailand.

Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan; Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Khaled Che Lah; Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah dan Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Kuala Terengganu, Superintendan Ramly Poncho.

Abdul Hamid (kiri) meluangkan masa melakukan tinjauan di sempadan Malaysia -Thailand.

Menurutnya, perkara tersebut amat menyedihkan dan nyawa Jho Low kini semakin hari semakin pendek dengan penemuan petunjuk baharu itu.

“Bukti demi bukti didedahkan di mahkamah, dia dengan sombongnya mengeluarkan kenyataan pengecut dari Hong Kong dan Macau menerusi peguamnya untuk mempersenda-sendakan tindakan kerajaan ke atas 1MDB.

“Itulah saya katakan jenayah ini tidak berbaloi dan dia tidak akan selamat dengan apa yang dilakukan. Bagi saya dia seorang pengecut dan sepatutnya disumbat ke dalam penjara dengan segala penipuan yang dilakukan itu,” katanya. – Sinar Harian

Tags: 1MDBJho Low
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd