• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Dera Anjing Serang Jurugambar

oleh
03/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang ibu tunggal yang didenda mahkamah kerana mendera dua ekor anjing peliharannya bertindak agresif dengan menyerang seorang jurukamera televisyen di pekarangan Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pagi ini.

Lai Woan Yong, 37, menyerang jurukamera Astro Awani sebaik sahaja keluar dari mahkamah apabila dijatuhi hukuman denda RM4,000 selepas dia mengaku bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Wanita itu yang memiliki kedai perabot sebelum itu didakwa mendatangkan kecederaan terhadap sepasang anjing jantan dan betina jenis kacukan miliknya di sebuah rumah di Taman Merdeka, Hang Tuah Jaya kira-kira pukul 10.20 pagi pada 28 Jun tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemilik sepasang anjing itu didapati gagal melaksanakan tindakan wajar sehingga menyebabkan kesakitan serta penderitaan kedua-dua ekor anjing tersebut.

Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan oleh Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Melaka di kediaman tertuduh mendapati kedua-dua ekor haiwan itu terlalu kurus dan mempunyai jangkitan penyakit kulit selain kesan bengkak pada mata sebelah kiri anjing betina.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) (Semakan 2006) dan dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh selepas membayar denda tersebut bertindak agresif terhadap seorang pengamal media dengan menolak kamera yang dipegang jurukamera Astro Awani sebelum bergegas keluar dari pekarangan mahkamah. – UTUSAN ONLINE

Tags: dera anjingserang jurugambar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suri Rumah Lesap RM181,650 Akibat ‘Phone Scam’

Lelaki Rotan, Dera Anjing Disiasat

25/02/2024
0

JOHOR BAHRU: Polis menyiasat kejadian seorang lelaki merotan anjing peliharaannya seperti yang ditularkan menerusi laman sosial Facebook, dua hari lalu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd