• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibrahim Ali Terajui Parti Putra

oleh
09/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kini bergerak sebagai parti politik yang sah mengikut perlembagaan parti.

Presiden penaja, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Masyati Abang Ibrahim.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklum mengenai keputusan itu daripada Masyati semalam yang meminta beliau bersama barisan jawatankuasa penaja Putra datang ke pejabat di Putrajaya untuk menerima sijil dan surat kelulusan.

“Saya amat teruja dengan keputusan ini, selepas tujuh bulan menunggu dan terpaksa memfailkan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mahkamah ke atas ROS.

“Sepatutnya hari ini (9 Mei) adalah hari mahkamah mendengar semakan itu tetapi ROS telah menghubungi kami memaklumkan permohonan telah diluluskan,” katanya pada sidang media di Dewan Seminar Koperasi Telekom Malaysia Berhad di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung penaja Putra, Arshad Aliman; Ketua Penerangan, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz; dan bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perak, Datuk Hamidah Othman.

Menurut Ibrahim, pada peringkat awal ini, kepimpinan Putra mempunyai 15 ahli jawatankuasa iaitu beliau selaku Presiden penaja, Tan Sri Khalid Yunus (Timbalan Presiden), Dr. Nor Asmah Mohd Razali (Ketua Wirawati), Norhafizah Jamaluddin (Naib Ketua Wirawati), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif (Ketua Wira), dan Hamzah Zainudin.

Katanya, Putra akan melalui tiga fasa penubuhan iaitu peringkat mengemas dan mengukuhkan organisasi parti, memaklumkan kepada rakyat betapa seriusnya penubuhan parti itu dan menghadapi pilihan raya umum.

“Keahlilan Putra terbuka kepada semua kaum bumiputera dan borang keahlian akan diedarkan pada 22 Mei ini sempena mesyuarat penaja kali pertama parti itu.

“Selepas itu borang keahlian akan diedarkan ke seluruh negara, dengan konsep parti menubuhkan cawangan mengikut jumlah Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Kita juga akan tumpu pelantikan sayap Wiranita, Wira dan Wirawani di peringkat pusat, selain mengenal pasti pengerusi perhubungan dan ketua bahagian di setiap negeri.

“Untuk keahlian pula, kita akan memantau supaya ahli yang menyertai Putra adalah yang benar-benar aktif dan selebihnya kita mengharapkan sokongan dari rakyat,” katanya.

Mengenai perlembagaan Putra, beliau berkata, 95 peratus adalah berasaskan perlembagaan UMNO lama yang ditubuhkan tahun 1946.

Katanya, beliau mengambilkira sejarah UMNO lama yang dirasakan amat praktikal dan sesuai dengan perjuangan parti Putra. – MalaysiaGazette

Tags: Ibrahim AliParti Bumiputera Perkasa Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibrahim Tawar Diri Bantu PM Punggah ‘Duit’ Dr M Dari Luar Negara

Ibrahim Tawar Diri Bantu PM Punggah ‘Duit’ Dr M Dari Luar Negara

31/05/2024
0

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali, menawarkan diri untuk membantu keranaan "memunggah" wang berbillion ringgit yang didakwa kepunyaan...

Terkilan Pelajar Cina Penerima Terbesar Biasiswa JPA

13/05/2019
0

AMPANG – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali melahirkan rasa terkilan terhadap keputusan penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd