• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Diadakan Kerana Islam Semakin Terancam

oleh
05/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ribuan umat Islam yang hadir ke Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di ibu negara hari ini sebagai tindak balas apabila mendapati kedudukan Islam di negara ini semakin terancam.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya Islam tidak terancam, mustahil ribuan hadir menyertai himpunan tersebut.

“Kalau Islam tak ditekan dan tak terancam, mustahil ribuan hadir hari ini. Jadi, kita berhimpun kerana kita menyedari ancaman yang berlaku kepada Islam dalam negara kita,” katanya ketika berucap di Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di hadapan pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, perhimpunan itu juga adalah sebagai tanda amaran rakyat kepada golongan yang sedang bekerja keras menghalang kebangkitan Islam.

“Kita berhimpun untuk beri amaran dan peringatan bahawa umat Islam tidak akan berdiam diri,” katanya.

Tuan Ibrahim menambah, himpunan yang diadakan di ibu negara itu tidak akan berakhir begitu sahaja.

“Satu memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja Melayu dan Parlimen bagi memperincikan isu-isu sensitif seperti Statut Rom, isu kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, Bahasa Kebangsaan dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC),” katanya. – Sinar Harian

Tags: Himpunan Pertahan Kedaulatan IslamislamTuan Ibrahim Tuan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

Rapper British Central Cee Umum Peluk Islam, Lafaz Syahadah Secara Terbuka

07/02/2026
0

LONDON – Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, dilaporkan telah memeluk agama Islam selepas mengumumkan perkara tersebut secara terbuka menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd