• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hiba, Tangisan Selubungi Istana Abu Bakar

oleh
23/05/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat tiba di Istana Abu Bakar, pada jam 10.40 pagi tadi bagi menghadiri istiadat pemakaman Paduka Ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sebaik berangkat tiba dari London, baginda dilihat bergegas menyusun langkah menuju ke ruang balairung seri istana, bagi memberikan penghormatan terakhir dan menziarahi Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Diiringi alunan bacaan ayat suci al-Quran, kelibat baginda di Balairung Seri sekali gus mengundang suasana hiba sehingga jelas kedengaran esakan dalam kalangan hadirin yang memenuhi segenap penjuru ruang serba kuning berkenaan.

Baginda kemudian ditemani kerabat diraja, menunaikan solat jenazah yang diimamkan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

Tatkala bacaan al-Fatihah dan doa dibacakan Abdul Rahman, Al-Sultan Abdullah yang mengenakan persalinan baju Melayu serba putih dan bersongkok hitam dengan lilitan putih, dilihat sesekali mengesat air mata.

Suasana pilu terus menyelubungi Balairung Seri Istana Abu Bakar apabila baginda berpelukan dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, selain dilihat membisikkan sesuatu kepada kerabat diraja yang berangkat memberikan penghormatan terakhir.

Sementara menanti sesi penghormatan terakhir, Yang di-Pertuan Agong kemudian mengambil tempat di kerusi depan singgahsana untuk membacakan surah Yassin.

Setakat jam 12 tengah hari tadi, Raja-Raja Melayu yang berangkat tiba bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra.

Keranda Almarhum Sultan Ahmad Shah dijangka diarak ke Makam Diraja Pekan, yang terletak kira-kira 2.2 kilometer dari Istana Abu Bakar, pada jam 1 tengah hari ini. – BH Online

Tags: Al-Sultan AbdullahIstana Abu BakarSultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd