• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah Projek ECRL Dijaja PH Akhirnya Terungkap Juga

oleh
12/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung harga projek landasan rel Pantai Timur (ECRL) yang dijaja oleh Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 akhirnya terungkap juga, kata Datuk Seri Najib Razak.

Kebenaran itu akhirnya tersingkap selepas Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berkata, ia tidak pernah mendakwa bahawa penjimatan sebanyak RM21.5 bilion bagi projek ECRL adalah semata-mata daripada elemen overpricing (harga yang sengaja dinaikkan).

Menurut Najib, pengakuan syarikat ECRL yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu menunjukkan harga asal projek berkenaan sebanyak RM55 bilion bukan daripada satu tindakan yang sengaja.

“Ini juga bermakna BN tidak songlap berpuluh-puluh bilion dari projek ECRL itu untuk “menyelamatkan 1MDB” atau telah jual negara.

“Terjawab juga satu lagi fitnah jahat PH yang bertahun-tahun lamanya,” kata Najib yang percaya tidak ada seorang pun daripada PH akan mengaku dan meminta maaf kerana telah jelas memfitnah.

Baru-baru ini, MRL dalam kenyataannya berkata, rundingan semula ECRL antara Malaysia dan China menghasilkan situasi menang-menang di mana memberi manfaat kepada kedua-dua negara itu.

Situasi menang-menang yang dimaksudkan termasuk pengurangan kos sebanyak RM21.5 bilion atau 33 peratus daripada kos projek kepada RM44 bilion.

Syarikat pelaksanan projek ECRL itu menambah, kedua-dua negara mendapat manfaat menerusi penubuhan 50:50 syarikat usaha sama antara MRL dan China Communications Construction Ltd. (CCCC) untuk operasi dan penyelenggaraan ECRL, serta peningkatan dalam penyertaan tempatan kontraktor Malaysia dalam kerja-kerja awam projek berkenaan.

Oleh itu, berdasarkan maklumat yang dinyatakan mengenai ECRL, kerajaan atau MRL tidak pernah mendakwa bahawa penjimatan sebanyak RM21.5 bilion bagi projek ECRL yang ditambahbaik adalah semata-mata daripada elemen “overpricing”, malah, ini bukan asas rundingan dengan China.

Najib berkata, bertahun-tahun lamanya PH, terutama Tony Pua dan Lim Guan Eng mendakwa kos ECRL hanya RM29 bilion dan BN sengaja menaikkan harga kepada RM55 bilion supaya lebihan itu boleh disonglap.

“Bukan sekali dua tetapi bertahun-tahun lamanya mereka mengulangi tuduhan ini.

“Sehingga Sarawak Report perlu mengeluarkan beberapa helai “bukti” yang dikatakan adalah dokumen sulit dari sumber tidak dinamakan.

“Padahal sesiapa pun boleh tulis dan cetak menggunakan printer di rumah,” ujarnya. (“OUTRAGE! – Najib’s Secret Deal With China To Pay Off 1MDB (And Jho Low’s) Debts! – SHOCK EXCLUSIVE http://www.sarawakreport.org/…/outrage-najibs-secret-deal-…/).

Najib mengakui propaganda PH amat berjaya hingga ianya disiarkan dan diulang dalam beberapa media-media antarabangsa.

Katanya, walaupun beliau pernah berulangkali meminta PH menunjukkan bukti bahawa kos ECRL sepanjang 688 kilometer hanya RM29 bilion namun tiada siapa yang menjawabnya.

“Saya juga bertanya jika mengikut logik tuduhan PH, adakah PH sedang songlap RM15 bilion dengan harga RM44 bilion ini jika kos ECRL benar-benar hanya RM29 bilion.

“Tak seorang pun berani menjawab,” katanya. – MalaysiaGazette

Tags: fitnahNajib Tun Razakpakatan harapanProjek ECRL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Keunikan Ayam Tin Kampung Lubuk Kawah

Next Post

Program Matrikulasi Sudah Tidak Relevan

Related Posts

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

11/05/2024
0

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk...

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

Next Post

Program Matrikulasi Sudah Tidak Relevan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd