Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Netizen Minta Aliff Syukri...

SEBELUM ini jutawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri mempersoalkan mengapa lagu single duetnya...

3,000 Sertai Perarakan ‘Niti...

KUCHING - Perarakan Gawai Dayak 2018 atau 'Niti Daun' hari ini berjaya menarik...

Bekalan Ubat-Ubatan Berkurangan Di...

KUALA TERENGGANU: Beberapa jenis ubat-ubatan dikesan mengalami kekurangan di pasaran terutamanya di farmasi...

Tabung Khas Bantu Perjuangan...

KUALA LUMPUR - UMNO menubuhkan tabung khas bagi menjalankan aktiviti parti dan berharap...

Dilarang Guna Jata Peribadi, Alamat Istana Rasmi Sultan Mizan

KUALA TERENGGANU – Kerabat-kerabat raja atau mana-mana individu tidak layak menggunakan Jata Peribadi (Lambang) Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin serta penggunaan nama Istana Syarqiyyah sebagai alamat orang perseorangan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Mohd Azmi Mohamad Daham dalam kenyataan hari ini berkata Sultan Mizan memandang berat terhadap penggunaan lambang serta nama istana rasmi baginda, sebagai alamat oleh orang perseorangan.

“Jata Peribadi Tuanku adalah dikhaskan penggunaan Tuanku sahaja. Mana-mana individu atau kerabat-kerabat raja tidak layak dan tidak berhak menggunakannya.

“Penggunaan nama istana rasmi sebagai alamat oleh orang perseorangan sepatutnya tidak berlaku dan Tuanku juga amat memandang berat perkara ini.

“Mana-mana individu juga adalah tidak layak dan tidak berhak untuk menggunakan nama istana rasmi Baginda sebagai alamat,” kata kenyataan itu.

Kategori