• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Seri Bekas Ahli Politik Seleweng Dana Persatuan

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penyelewengan dana sebuah persatuan yang melibatkan seorang individu bergelar Datuk Seri.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata Datuk Seri terbabit yang memegang jawatan penting dalam persatuan itu disyaki terlibat dalam penyelewengan dana mencecah jutaan ringgit.

“Kita terima maklumat berlaku penyelewengan dalam persatuan itu. Sekarang masih dalam proses siasatan lagi dan kita juga telah panggil kakitangan dalam persatuan itu untuk disoal siasat.

“Datuk Seri yang merupakan bekas ahli politik dan dianggarkan berumur 60-an itu masih belum dipanggil dan kalau perlu dia akan dipanggil untuk bantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lain mengenai kes itu.

Shaharom Nizam berkata SPRM juga juga sedang menjalankan siasatan terhadap pihak pengurusan tertinggi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung kes tuntutan palsu yang turut mencecah nilai jutaan ringgit.

Sementara itu, Shaharom Nizam berkata pada tahun ini pihaknya telah membuka sebanyak 50 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan di negeri ini dan menahan seramai 79 individu terdiri daripada 29 penjawat awam serta 50 orang awam.

Katanya, sebanyak 12 pertuduhan telah pun dibuat di mahkamah pada tahun ini.

“Banyak lagi kes yang sedang dalam kajian tetapi kita akan berusaha untuk mempercepatkan siasatan bagi membolehkan kes tersebut dibawa ke mahkamah,” katanya.

Terdahulu, beliau bersama lebih 10 pegawai dan anggota SPRM menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga terdiri daripada golongan kurang berkemampuan di sekitar Alor Setar menerusi Pogram Ziarah Ramadan yang julung kali diadakan.

“Sumbangan yang disampaikan ini diharap dapat membantu mereka yang memerlukan dan dalam masa yang sama kita mahu berkongsi kegembiraan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Tags: ahli politikDatuk Seriseleweng danaSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd