• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Jururawat: Lelaki Pakistan, Wanita Nigeria Ditahan

oleh
16/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan di leher dan dada, semalam.

Dalam serbuan pertama, polis menahan seorang wanita warga Nigeria di Taman Damai Indah, Cheras, pada jam 3 pagi tadi, sebelum menahan seorang lagi lelaki warga Pakistan di Taman Sri Rampai, Setapak, di sini, sejam selepas itu.

Pada masa ini, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif utama kejadian pembunuhan itu.

Kedua-dua mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, untuk siasatan lanjut mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis juga sedang mengesan saki baki suspek lain yang mungkin turut terbabit dan bersubahat dalam kejadian ini.

Sebelum ini, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang, dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada 8 Mei lalu.

Siti Kharina sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang masing-masing berumur antara 10 hingga 14 tahun yang kini menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. – BH Online

Tags: jururawatkes bunuhSiti Kharina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Hilang Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Kekasih

Wanita Hilang Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh Kekasih

30/01/2026
0

BATU PAHAT - Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya...

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd