• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bung Moktar, Zizie Izette Mengaku Tidak Bersalah

oleh
03/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette A. Samad, masing-masing didakwa di dua Mahkamah Sesyen berlainan di sini sebentar tadi atas tiga pertuduhan rasuah dan bersubahat membabitkan pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra) bernilai RM2.8 juta empat tahun lalu.

Bagaimanapun Bung Mokhtar, 60, dan Zizie Izette, 41, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob dan Azura Alwi.

Di hadapan Rozina, mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Bung Moktar didakwa sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad ketika itu telah secara rasuah memperoleh wang suapan keseluruhan RM2.8 juta melalui akaun isterinya yang juga pelakon, Zizie Izette.

Wang itu sebagai upah mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Kesemua wang upah itu diberi oleh dua ejen pelaburan melalui akaun Public Iktikal Sequel Fund (Pitseq) yang mana akaun itu dibawah nama Zizie Izette.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini antara 12 hingga 19 Jun 2015.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (akta 694) yang boleh dihukum dibawah subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Sementara di hadapan Azura, Zizie Izette didakwa tiga pertuduhan, bersubahat dengan suaminya melibatkan perbuatan dan jumlah sama yang didakwa dibawah perenggan 28(1)(c) Akta SPRM dan boleh dihukum dibawah subseksyen 24(1) yang memperuntukkan hukuman sama .

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Umar Saifuddin Jaafar menawarkan ikat jamin RM100,000 masing-masing kepada tertuduh termasuk syarat pasport milik kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili kedua-dua tertuduh tidak membantah jumlah ikat jamin tersebut termasuk syarat pasport itu.

Hakim Rozina dan Azura kemudian menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes dan pasport milik tertuduh diserahkan sehingga kes selesai. – K! ONLINE

Tags: Bung Moktar RadinSPRMzizie izette
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd