• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Fasa Kedua BSH Dilaksanakan Selasa Depan

oleh
24/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membuat pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa kedua mulai Selasa depan kepada hampir 3.6 juta penerima di seluruh negara.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan berkata, bantuan itu akan melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1.42 bilion.

Menurutnya, pembayaran dilaksanakan berdasarkan kategori merangkumi bilangan tanggungan anak dan nilai bantuan yang akan diterima.

“Kadar bantuan yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, kerajaan telah membuat bayaran BSH fasa pertama sebanyak RM300 kepada 4.1 juta isi rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion pada 28 Januari lalu.

Sementara itu, Guan Eng berkata, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019.

Menurutnya, untuk memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada individu yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos depan.

“Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada
[email protected] jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut. – K! ONLINE

Tags: Bantuan Sara Hidup rakyatBSHR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

300,000 Penerima BSH Beri Nombor Akaun Tak Tepat

31/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Sehingga hari ini, seramai 3 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 telah menerima agihan pembayaran fasa...

Permohonan Rayuan BSH 2019 Dibuka 1 Julai

28/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Tempoh permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd