• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Simbah Anak Dengan Air Panas

oleh
10/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki berumur 35 tahun yang cuba menuntut wang insurans mendiang ibunya melecur di muka selepas disimbah air panas oleh bapanya Selasa lepas, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang hari ini.

Katanya kejadian, yang menyebabkan mangsa yang tidak bekerja itu melecur di muka dan badan itu, berlaku kira-kira pukul 6.30 petang sewaktu dia cuba bertemu bapanya yang tinggal di rumah abang mangsa di Jalan Kaki Bukit di Gelugur dekat sini.

“Bapanya yang berumur 66 tahun dan bekerja sebagai penjual udang itu telah menghulurkan wang tunai RM10 melalui sebuah tingkap di rumah itu dan mangsa mendakwa semasa mendekati tingkap itu, dia telah disimbah dengan air panas,” katanya di sini.

Menurut mangsa, ibunya sewaktu masih hidup telah membeli insurans perlindungan dan setelah meninggal dunia pada 2005, bapanya telah memperoleh wang pampasan insurans berkenaan.

“Wang insurans itu telah diagihkan bapanya kepada adik-beradik mangsa yang lain yang seramai tiga orang namun tidak diberikan kepada mangsa, membuatkan mangsa bertindak untuk berulangkali menuntut bahagiannya (pembayaran wang insurans itu) daripada suspek,” katanya.

Che Zaimani berkata mangsa yang merupakan anak bongsu menuntut wang insurans sebanyak RM30,000 itu mendakwa kejadian ini merupakan kali kedua bapanya bertindak sedemikian terhadapnya.

“Polis telah merekodkan keterangan ayah mangsa dan dia dibebaskan dengan jaminan polis. Kami sedang melengkapkan siasatan kes ini yang dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

Tags: air panasWang Insurans
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Simbah Anak Bongsu Dengan Air Panas Dipenjara 6 Tahun

Bapa Simbah Anak Bongsu Dengan Air Panas Dipenjara 6 Tahun

27/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang bapa yang mendera anak bongsunya dengan menyimbah air panas menggelegak kerana mengganggunya tidur, dihukum penjara enam...

‘Kesan Lecur Di Tangan Bella Mungkin Kerana Air Panas’

‘Kesan Lecur Di Tangan Bella Mungkin Kerana Air Panas’

29/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen di sini hari ini, diberitahu dua kesan lecur pada kedua-dua tangan remaja dikenali Bella, berkemungkinan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd