Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Guru British Puji Program...

KUALA LUMPUR - Graduan psikologi, Ekta Gupta mula mengenali program Bahasa Inggeris 1Malaysia...

Malaysia Akan Berunding Dengan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan melakukan rundingan secara rasmi dengan Korea Utara berhubung...

Lima Suri Rumah Ditahan...

JAKARTA - Aktiviti tersembunyi beberapa suri rumah yang sering berkumpul di dalam sebuah...

Penduduk ESSZone Disaran Muat...

LAHAD DATU - Komuniti maritim di Sabah khususnya penduduk sekitar di perairan Zon...

Asak Soalan Saksi, Lihat Jika ‘Dipujuk’ Tukar Keterangan

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan yang ke-30, Pengurus Affin Bank cawangan The Curve, Noorhayati Mohd Yunus, 44, diasak beberapa kali dengan soalan hampir sama berkali-kali oleh pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkaitan dengan pemindahan wang RM35 juta.

Dana sebanyak RM35 juta telah dipindahkan dari anak syarikat SRC International, Ihsan Perdana Sdn. Bhd. kepada sebuah syarikat bernama Mail Global Resources Sdn. Bhd. pada 2015.

Noorhayati memberitahu Mahkamah Tinggi, Ihsan Perdana telah memindahkan wang itu dalam masa satu hari melalui tujuh cek setiap satu bernilai RM5 juta kepada Mail Global Resources.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Farhan Read yang mewakili Najib, beliau bertanya kepada Norhayati adakah dirinya pernah disiasat sebelum atau selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Kemudian Farhan bertanya lagi bagaimanakah saksi boleh ingat tentang ketujuh-tujuh cek yang telah dikeluarkan untuk Mail Global Resources itu.

Bagaimanapun, Noorhayati berkata, beliau boleh ingat kerana permintaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung dokumen syarikat tersebut sebelum ini.

“Apabila saya memeriksa dokumen yang diminta oleh BNM, saya sedar sejumlah wang besar telah dipindahkan ke Mail Global Resources itu,” katanya.

Farhan kemudian menyambung lagi bertanyakan tentang Mail Global Resources dengan soalan adakah BNM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah bertanya kepadanya tentang syarikat itu.

Bagaimanapun, Noorhayati menafikan dengan menyatakan tidak, selain daripada memberi kenyataan dirinya tidak ada sebarang urus niaga dengan Global Resources selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Kemudian tanya Farhan lagi berkaitan dengan sekeping cek berjumlah RM53 juta yang dikeluarkan oleh Ihsan Perdana kepada Mail Global Resources.

Kata Noorhayati, SPRM tidak pernah bertanyakan tentang cek itu kepadanya.

Sejurus selepas prosiding tamat, wartawan Malaysiakini yang sempat bercakap dengan Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah juga merupakan ketua pasukan pembelaan Najib mengakui tindakan ‘soalan’ bertalu-talu kepada Noorhayati adalah satu strategi.


Muhamad Shafee mendedahkan, pihaknya sebenarnya mahu tahu seandainya saksi telah ‘dipujuk’ untuk menukar keterangan mereka selepas PRU lepas.

“Kami tidak terkejut jika perkara seperti itu berlaku. Sebab itu kami terus bertanya.

“Jika ada saksi yang memberi keterangan yang berbeza secara drastik dengan apa yang kami jangka mereka akan katakan, maka ada sebab untuk rasa khuatir,” katanya kepada Malaysiakini.

Tanpa mendedahkan dengan lebih lanjut lagi, kata Muhamad Shafee pasukan beliau mempunyai teknik tertentu ketika sesi pemeriksaan balas.

“Ada cara. Kami tidak boleh beritahu anda. Ia satu kaedah pemeriksaan balas,” tegasnya.

Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh Farhan, Noorhayati juga mendedahkan beliau tidak tahu sama ada wang yang terlibat dalam pemindahan dari Gandingan Mentari ke akaun Ihsan Perdana adalah dari SRC International atau sebaliknya.

Farhan: Adakah kamu tahu sama ada sumber wang itu berasal dari SRC International

Noorhayati: Saya tidak tahu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan permintaan Muhammad Shafee memulakan perbicaraan sedikit lewat hari ini oleh kerana beliau perlu hadir di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan untuk keputusan rayuan Najib berhubung penolakan kelayakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). – MalaysiaGazette

Kategori