• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Anthony Loke Sila Buat U-Turn Segera”

oleh
08/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, membuat pengumuman bahawa kerajaan akan mengenakan bayaran RM50 ke atas setiap permohonan untuk menggunakan cermin gelap sepenuhnya bagi kenderaan persendirian dan RM5,000 jika diluluskan. Adalah amat mengejutkan apabila tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang.

2. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendapat isu ini bakal mendatangkan lebih mudarat daripada kebaikan. Antara alasan yang diberikan oleh YB Menteri adalah kerana faktor permintaan yang tinggi daripada rakyat Malaysia, faktor kesihatan dan di samping itu boleh menjana pendapatan kepada negara. Persoalannya, adalah kajian sudah dibuat secara menyeluruh? Berdasarkan laporan media, pihak polis tidak bersetuju dengan peraturan baru ini apabila dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman. Jelas, kajian Menteri tidak komprehensif dan keputusan dibuat terburu-buru.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendirian cermin gelap 100% bakal mengundang banyak keburukan melangkaui kebaikan yang dicanang Menteri. Pertama, isu keselamatan menjadi aspek yang penting. Penjenayah boleh berselindung di sebalik cermin gelap 100% di tempat duduk belakang. Lebih parah jika anak-anak kecil diculik dan diletakkan di tempat duduk belakang untuk mengelak daripada ditemui polis. Golongan wanita juga terdedah kepada mudarat jika melihat kepada senario di tempat letak kereta apabila mereka tidak nampak sama ada kereta di sebelah mereka kosong atau tidak, di mana penjahat menunggu masa untuk bertindak.

4. Aspek keselamatan di jalan raya juga tidak diambil kira. Bayangkan kendaraan besar seperti Alphard atau Vellfire yang mempunyai cermin hitam 100% di cermin belakang. Kenderaan lain terdedah kepada kemalangan, sama ada ketika pemanduan di atas jalan raya atau ketika mengundur “reverse” di tempat letak kereta. Ini juga diburukkan lagi dengan keadaan Malaysia yang sentiasa hujan lebat. Jarak penglihatan akan lebih terhad.

5. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa YB Menteri membuat pusingan-U atau U-turn secepat mungkin dan mulalah kajian menyeluruh. Ambil contoh Menteri-Menteri PH yang lain tanpa segan silu membuat U-turn dan hampir setahun membuat kajian. Buatlah u-turn kali ini demi keselamatan rakyat dan keselamatan atas jalan raya. Alasan-alasan yang diberikan oleh Menteri adalah sangat lemah. Permintaan rakyat untuk kurangkan kos sara hidup sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan, bukan cermin gelap. Alasan kesihatan sepatutnya dikaji bersama faktor keselamatan. Akhir sekali, jana pendapatan negara melalui pelaburan syarikat GLC dan dasar ekonomi yang jelas, bukan melalui bayaran RM 5,000 cermin gelap.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia

Tags: Anthony Lokecermin gelapParti IKATAN Bangsa MalaysiaShahir Adnan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mrs World: Wanita Berkahwin Harus Taruh Impian Besar

Next Post

Risiko Penggabungan Axiata-Telenor

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

JPJ Cadang Wujudkan Notifikasi Maklum Tarikh Tamat Lesen – Anthony

JPJ Cadang Wujudkan Notifikasi Maklum Tarikh Tamat Lesen – Anthony

20/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk mewujudkan fungsi notifikasi permakluman tarikh tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM)...

Next Post

Risiko Penggabungan Axiata-Telenor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd