• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AmBank Didenda Tak Lapor Transaksi Meragukan Akuan Najib

oleh
08/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AmBank pernah didenda berikutan kegagalan institusi berkenaan menghantar Laporan Transaksi Meragukan (STR) kepada bank pusat mengenai transaksi meragukan yang melibatkan akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berikutan itu, saksi keempat, pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), Ahmad Farhan Sharifuddin yang dipanggil semula untuk memberi keterangan pada hari ini turut mengakui bekas Perdana Menteri itu tidak dimaklumkan tentang sebarang aktiviti mencurigakan berhubung akuannya sebelum ini.

Peguam bela yang melakukan soal balas, Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah bertanyakan kepada Ahmad Farhan seandainya Najib telah dimaklumakan tentang laporan mencurigakan dalam akaun beliau.

Kata Ahmad Farhan, terdapat peruntukan dalam Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) yang tidak membenarkan amaran mengenai transaksi yang mencurigakan dimaklumkan kepada Najib tentang aktiviti tersebut.

Muhamad Shafee kemudian melontarkan persoalan seandainya AmBank bertindak melaporkan transaksi mencurigakan berlaku dalam akuan anak guamnya adakah kemungkinan besar semua ini dapat dielakkan.

Ahmad Farhan berkata, beliau tidak tahu dengan mengatakan dirinya hanya bertanggungjawab menyiasat tentang transaksi mencurigakan sahaja.

Terdahulu, Harvinderjit Singh juga bertanyakan kepada Ahmad Farhan adakah AmBank didenda kerana kegagalan menghantar STR ke bank pusat.

Harvinderjit: Dalam siasatan anda, adakah bank itu didenda?

Farhan: Ya, betul.

Harvinderjit: Oleh kerana ia berkaitan langsung dengan siasatan anda, apakah pelanggaran itu dilakukan oleh Ambank Cawangan Raja Chulan?

Farhan: Ini berkaitan dengan kesalahan gagal mengemukakan Laporan Transaksi Mencurigakan (STR) ke atas akaun Datuk Seri Najib Razak.

Harvinderjit: Bagi urus niaga apakah itu?

Farhan: Saya tidak dapat menyatakan secara terperinci tentang transaksi itu.

Harvinderjit: Adakah ianya sebelum atau selepas 2013?

Farhan: Transaksi itu bermula dari pembukaan hingga penutupan akaun. Semua transaksi hanya dalam tempoh tersebut. – MalaysiaGazette

Tags: AMBANKNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd