• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Aziz, Bella Akhirnya Bercerai Talak Satu

oleh
16/05/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas beberapa kali berdepan kontroversi, termasuk gambar panasnya bersama seorang gadis tersebar di laman sosial, Aliff Aziz akhirnya melafaz cerai talak satu terhadap Bella di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Sepanjang prosiding berlangsung, pelakon dan penyanyi yang dilihat menangis itu turut bersalaman dengan Bella sebelum melafazkan cerai pada jam 3.45 petang.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah selaku plaintif memfailkan permohonan cerai pada 21 Mac lalu adalah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) Kuala Lumpur 1984, iaitu perceraian secara baik.

Bella, 25, yang berjubah hitam diwakili peguam Syarie, Nurfarhana Abd Manaf, manakala Aliff, 28, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz tidak diwakili peguam.

Hakim Syarie Izzat Syazli Murshid mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sijil nikah mereka dibatalkan.

Izzat mengarahkan defendan (Aliff Aziz) supaya membayar nafkah kepada anak tunggal mereka berusia dua tahun sebanyak RM1,000 setiap bulan ke akaun bank milik Bella bermula Mei ini.

Beliau turut memberi peringatan supaya pasangan itu memberi perhatian kepada anak mereka, Muhammad Ayden, dua tahun.

“Kamu sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Kamu perlu beri perhatian kepada anak itu. Jangan sebut keburukan masing-masing di hadapan anak,” katanya.

Terdahulu, ketika disoal Izzat alasan bercerai, Bella memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka dan tidak tinggal bersama lebih tiga bulan lalu.

“Alasan lain kerana suami curang dan saya mempunyai bukti seperti gambar dan video,” katanya.

Aliff yang berkemeja hitam mengangguk dan bersetuju selepas ditanya Izzat berhubung nafkah dan persetujuannya untuk bercerai.

Mereka berkahwin pada 9 September 2016 itu dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu kembali hangat apabila didakwa curang buat kali ketiga selepas gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular baru-baru ini.

Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.

Difahamkan, gambar yang dipercayai dirakamkan Nismel itu disebarkan rakan baiknya yang dikenali sebagai Manja ekoran perselisihan faham mengenai hutang.

Terdahulu, Aliff terpalit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah. Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu. – BH Online

Tags: Aliff Azizartis berceraibella astilah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tabung Harapan Lunaskan Hutang 1MDB

Next Post

RM450 Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam

Related Posts

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

Next Post

RM450 Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd