• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Pulau Pinang Mohon RM2 Juta, Dapat RM1 Juta

oleh
23/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Eksekutif Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa parti negeri itu mendapat dana dari Ibu Pejabat UMNO sebanyak RM1 juta.

Saksi ke-12 perbicaraan Datuk Seri Najib Razak, Ahmad Sahak berkata, sebelum itu beliau telah menulis surat untuk memohon dana sebanyak RM2 pada tahun 2014.

Beliau menjelaskan, ketika itu, Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin Osman masih memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

“Saya akan menyerahkan surat-menyurat kepada Zainal untuk diserahkan kepada Najib. Beliau membawa surat itu untuk memohon RM2 juta daripada Ibu Pejabat UMNO.

“Jawatankuasa mendapat RM1 juta melalui cek dan memasukkannya ke dalam satu daripada dua akaun CIMB milik Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang,” katanya ketika disoal balas oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau turut mengesahkan telah membuat kenyataannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak dua kali iaitu yang pertama pada Julai 2015.

Ahmad, 56, menambah, pemohonan dana kepada Ibu Pejabat UMNO adalah perkara biasa bagi tujuan program parti.

Beliau memberitahu, Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memerlukan dana RM1.5 juta untuk beroperasi setiap tahun.

“Adakah anda bersetuju bahawa pada tahun 2014, terdapat RM1 juta yang diterima dari Ibu Pejabat UMNO?” soal Shafee.

Ahmad bersetuju kerana dana telah digunakan untuk pembayaran gaji dan bahagian bagi menjayakan program termasuk amal serta bantuan kepada mangsa bencana.

Tambah Ahmad, UMNO negeri juga membiayai program pendidikan untuk pelajar cemerlang dan pelajar yang memerlukan sambil menambah butiran perbelanjaan dicatatkan dalam akaun badan perhubungan negeri. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun RazakSRC InternationalUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Serah Cek RM1 Juta Kepada UPKO

Next Post

RCI Wang Kelian: Tindakan Polis Perlahan

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

RCI Wang Kelian: Tindakan Polis Perlahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd