• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UEC Sudah 20 Tahun Diiktiraf, Kata Majlis Peguam

oleh
03/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) sudah mengiktiraf lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk menduduki Sijil Amalan Guaman (CLP) sejak sekurang-kurangnya 20 tahun lalu.

Presiden Majlis Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor turut menjelaskan, individu yang mahu menduduki peperiksaan CLP mesti memenuhi prasyarat yang ditetapkan, termasuk memperolehi kelulusan prauniversiti yang diperlukan dan memperoleh ijazah sarjana muda undang-undang dari institusi yang diiktiraf.

“Majlis Peguam ingin menekankan, LPQB telah lama mengiktiraf kelayakan UEC dalam pelbagai peringkat, sekurang-kurang sejak dua dekad yang lalu.

“Majlis Peguam juga menekankan bahawa pengiktirafan UEC oleh LPQB adalah untuk tujuan yang spesifik dan sangat berfokus, ia hanya membenarkan pemegang sijil (UEC) yang mempunyai kelayakan untuk menduduki CLP setelah semua prasyarat telah dipenuhi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas dalam kenyataannya memaklumkan CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ bermula 1 Januari 2021 selepas melakukan perbinca­ngan dengan beberapa pihak.

Kenyataan itu mendapat tentangan pelbagai pihak yang menganggap Tommy telah melangkau kuasa Kabinet dan Pasukan Petugas Khas Dasar UEC (PPDUEC) yang ditubuhkan Kementerian Pendidikan untuk melakukan kajian berkenaan pengiktirafan UEC. – UTUSAN ONLINE

Tags: CLPLPQBUEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiktirafan UEC Hanya Permulaan, Perjuangan Belum Selesai – DAP Johor

Pengiktirafan UEC Hanya Permulaan, Perjuangan Belum Selesai – DAP Johor

11/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP tidak akan berpuas hati dengan keadaan semasa kerana perjuangan untuk pengiktirafan penuh Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd