• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tulang Wanita Ditemui Di Ladang Getah Terbiar Uniten

oleh
11/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Tulang manusia dipercayai milik seorang perempuan ditemukan oleh seorang juruukur di sebuah kawasan hutan ladang getah terbiar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Dato Abu Bakar Baginda di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, pekerja terbabit dikatakan menemui mayat berkenaan ketika membuat kerja-kerja pengukuran tanah di seluruh kawasan universiti terbabit.

Difahamkan, tempat kejadian adalah dalam anggaran jarak satu kilometer dari padang ragbi dan kira-kira 30 meter dari jalan tanah merah berdekatan pencawang eletrik.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, juruukur itu bersama rakannya sedang mengukur kawasan berkenaan apabila dia terlihat selipar, pakaian dan bantal di salah satu check point.

“Dia kemudiannya menghampirinya dan menjumpai beberapa tulang besar dibalut dengan selimut yang disyaki tulang manusia,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dipercayai ditinggalkan di lokasi berkenaan kira-kira setahun sebelum ditemui.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mangsa.

“Barangan milik mangsa yang ditemui di tempat kejadian termasuklah sebentuk cincin, gelang, jaket berwarna gelap, pengikat rambut dan sepasang selipar bersaiz enam.

“Antara barangan lain yang masih berada di hospital adalah tali pinggang bewarna hitam, pakaian dalam serta sehelai selimut,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi terus pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Wan Azirul di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-8777 4222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tags: tulang manusiauniten
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Amal Budaya Politik ‘Sate’ – Zahid

Next Post

Rafizi Suruh Streram Rempuh Polis Pada PRU14

Related Posts

34 Serpihan Dipercayai Tulang Manusia Ditemui Di Pantai Batu Burok 2

34 Serpihan Dipercayai Tulang Manusia Ditemui Di Pantai Batu Burok 2

31/01/2025
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 34 serpihan dipercayai tulang manusia ditemui di tepi Pantai Batu Burok 2, dekat sini, malam tadi. IKUTI...

Syarikat Jepun Tarik Diri Projek HSR KL-Singapura

KPT Tidak Terima Arahan Tutup Uniten Di Muadzam Shah

12/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) belum menerima sebarang arahan berkenaan cadangan penutupan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Muadzam Shah,...

Next Post

Rafizi Suruh Streram Rempuh Polis Pada PRU14

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd