• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Amal Budaya Politik ‘Sate’ – Zahid

oleh
11/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua ahli UMNO supaya tidak mengamalkan budaya politik ‘sate’.

Perumpamaan sate itu merujuk budaya cucuk-mencucuk di antara pemimpin dalam parti yang boleh menjadi punca kepada perpecahan dalam kalangan ahli.

“Saya tidak cemburu dengan Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), dia tidak cemburu saya.

“Tapi saya kena ingat… saya ada tukang cucuk, Tok Mat lagi ramai tukang cucuk, jadi, hati-hati dengan tukang cucuk ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ceramah pada program Ramah Mesra bersama Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Taman Angsamas malam tadi.

Beliau berkata, politik ini dilihat banyak yang seperti sate.

“Sate tak namanya sate kalau tak dibakar tapi kena cucuk dulu.

“Sate ni, kalau ada tukang kipas dia kipas kejap kiri, kejap kanan… kejap depan, kejap belakang.

“Tukang kipas sate ini bahaya. Ada dalam parti, ada di luar parti,” katanya.

Ini kali pertama Ahmad Zahid turun dalam edisi berkempen membantu calon BN Mohamad.

Dalam pada itu, beliau memuji Mohamad yang menjalankan tugas sebagai pemangku presiden UMNO paling baik setakat ini.

“Tok Mat ini kawan saya… apabila saya beri kepercayaan jalankan tugas Presiden, beliau buat yang paling baik.

“Ertinya pengalaman beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebelum itu telah dapat meletakkan Tok Mat semasa ketiadaan saya selama lebih 100 hari ini, memang beliau boleh dipercayai untuk menjalankan tugas,” katanya.

Ahmad Zahid pada akhir ucapannya turut memberitahu itu merupakan ceramah pertama dan terakhirnya di Rantau.

“Saya dah datang tiga kali, iaitu sebelum dan semasa hari penamaan calon dan ini kali terakhir… yang penting untuk saya bukan berapa kali saya turun, tapi berapa banyak diberikan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid HamidiPRK Rantau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd