• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tegang! Pembelaan Pertikai Kaedah Pemeriksaan Semula

oleh
17/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari keempat kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd menjadi tegang selepas pembelaan mempertikai kaedah pemeriksaan semula oleh pendakwaan.

Semasa pemeriksaan semula saksi kedua pendakwaan, Pengurus Bank Negara Malaysia Azizul Adzani Abdul Ghafar, peguam Harvinderjit Singh berkata pendakwaan hanya perlu menyoal perkara yang dibangkitkan semasa pemeriksaan balas.

“Ini adalah pemeriksaan semula… mungkin rakan saya yang bijaksana perlu merujuk kepada soalan dan jawapan,” katanya.

Pendakwaan yang diketuai Peguam Negara Tommy Thomas bangun dan berkata setiap orang memiliki gaya tersendiri ketika menjalankan pemeriksaan utama, pemeriksaan balas atau pemeriksaan semula.

“‘Kami tidak perlukan pembelaan untuk mengajar kami. Kami tidak perlukan peguam bela untuk mencadangkan kaedah pemeriksaan semula.

“Kami telah mendengar pemeriksaan balas sehingga lima jam. Kami beri ruang kepada beliau (Harvinderjit)…Tak bolehkah berikan ruang yang sama (kepada pendakwaan)

“Gaya pemeriksaan oleh setiap peguam adalah berbeza. Saya telah melakukan perbicaraan selama 42 tahun,” katanya.

Harvinderjit: Saya tidak mencadangkan sebarang gaya pemeriksaan tertentu kepada pendakwa raya.

“Cara DPP mengemukakan soalan adalah seperti meletakkan kata-kata dalam mulut saksi,” katanya

Harvinderjit juga berkata ini bukan soal pengalaman, sebaliknya menurut Seksyen 138 subseksyen 3 Akta Keterangan 1950, pemeriksaan semula hendaklah ditumpukan kepada penjelasan berhubung perkara-perkara yang disentuh dalam pemeriksaan balas.

“Ini bukan soal masa, Yang Arif. Perlu ada konteks, sama ada soalan spesifik,” katanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata “sebut sahaja perkara yang anda ingin periksa semula.”

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

Tags: Najib Tun RazakSRC InternationalTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemilu Indonesia: Jokowi Dahului Prabowo

Next Post

Saksi Tak Tahu Komunikasi Pegawai Bank Dengan Jho Low

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

Next Post

Saksi Tak Tahu Komunikasi Pegawai Bank Dengan Jho Low

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd