• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tak Sabar Tunggu PRU-15” – Pengundi PH

oleh
29/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kira-kira seminggu lagi, Pakatan Harapan (PH) bakal menyambut ulang tahun pertamanya sebagai kerajaan selepas mencipta sejarah menamatkan penguasaan 60 tahun Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pada 9 Mei, tahun lalu.

Namun sepanjang tempoh itu, rata-rata rakyat khususnya golongan muda tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH atas dua faktor iaitu gagal menunaikan janji manisfesto dan menurunkan kos sara hidup.

Malah ada dalam kalangan mereka secara terbuka memaklumkan tidak sabar menunggu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk menukar kembali kerajaan.

Seorang juruteknik, Arif Ngadiman, 26, berkata, sebagai salah seorang anak muda yang memberi undi kepada PH dalam pilihan raya lalu, kini hampa apabila kerajaan gagal menunaikan kebanyakan janji khususnya berkaitan pembayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan peningkatan gaji minimum yang dikatakan sebanyak RM1,500.

Katanya, berikutan itu, kebanyakan golongan muda termasuk rakan-rakannya kini mengakui adalah yang paling terkesan dan kecewa.

“Kami menukar kerajaan disebabkan terpesona dengan janji PH. Siapa tidak mahu, apabila melihat janji PH yang menepati keperluan rakyat termasuk golongan muda seperti pemansuhan PTPTN dan peningkatan gaji minimum khususnya yang bekerja dalam sektor swasta.

“Tak sabar hendak tunggu PRU hendak tukar balik kerajaan. Saya percaya, jika kerajaan PH masih tidak berubah, mereka akan menjadi kerajaan sepenggal,” katanya yang merupakan pengundi di kawasan Parlimen Sepang, Selangor ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang kakitangan swasta, Hazirah Hazwani Khalil, 29, pula berkata, prestasi kerajaan PH terlalu perlahan khususnya melibatkan barisan Kabinet.

Dia yang juga salah seorang pengundi PH dalam pilihan raya lalu berkata, selain itu, sebelum ini, rata-rata rakyat khususnya orang muda percaya bahawa pemerintahan BN tidak telus.

“Bagaimanapun, kebanyakan salah laku yang disebut-sebut itu masih tidak terbukti. Kalau kerajaan tidak berubah, saya rasa sepenggal sahaja mereka mampu bertahan.

“Bukan saya saja rasa begitu, malah ramai lagi berpandangan yang sama. Orang muda yang banyak membantu kemenangan PH dan tidak mustahil mereka (orang muda) juga akan kembali melakukan perubahan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: pakatan harapanpengundiPRU-15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Ibrahim Terima Kunjungan Putera Mahkota Fujairah

Next Post

Tommy Thomas Mahu Selesai Prosiding SRC Sebelum 1MDB

Related Posts

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

14/09/2024
0

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang...

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan sedikit peralihan pengundi, namun keputusan masih dipengaruhi oleh jumlah pengundi...

Next Post

Tommy Thomas Mahu Selesai Prosiding SRC Sebelum 1MDB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd