• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Statut Rom: Kenapa Dedah 4 Nama Sahaja

oleh
08/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa mempertikaikan tindakan sesetengah pihak khususnya penyokong kerajaan kerana hanya mendedahkan empat nama pakar undang-undang yang memberi pandangan kepada Majlis Raja-Raja berhubung Statut Rom.

Beliau mendakwa, beberapa lagi individu seperti Peguam Negara, Tommy Thomas dan pakar perundangan dan perlembagaan, Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi turut dijemput dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan.

“Kenapa cuba buat heboh empat pakar undang-undang yang memberi pandangan mereka kepada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja.

“Kenapa tidak diceritakan perkara sebenar bahawa dalam mesyuarat yang sama AG (Peguam Negara) dijemput, menteri dijemput, Profesor Shad Faruqi dijemput. Baginda dengar pelbagai pandangan pada mesyuarat itu,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Sejak kerajaan membuat keputusan menarik diri daripada menyertai Statut Rom pada Jumaat lalu, beberapa pihak khususnya mereka yang dilihat menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempertikaikan tindakan tersebut.

Mereka turut mendedahkan empat nama pakar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan iaitu Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Profesor Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, Dr. Fareed Mohd. Hassan dan Hisham Hanapi yang dikatakan telah mempengaruhi dalam keputusan menarik balik ratifikasi Statut Rom. – UTUSAN ONLINE

Tags: Annuar MusaStatut Rom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd