• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Statut Rom: AG Gagal Yakinkan Majlis Raja-Raja

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat meratifikasi Statut Rom berikutan Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri gagal meyakinkan Majlis Raja-Raja berhubung perkara berkenaan.

Pengamal undang-undang, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, hal ini bukan disebabkan oleh tindakan empat profesor perundangan yang dituduh cuba mengelirukan Majlis Raja-Raja dengan membentangkan kertas kerja masing-masing.

“Saya tidak setuju bahawa empat pensyarah itu telah mengelirukan Majlis Raja-Raja. Isunya sekarang, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Professor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi gagal meyakinkan Majlis Raja-Raja kerana kedua-dua pihak ini diundang oleh Majlis Raja-Raja untuk bentangkan kertas kerja mengenai Statut Rom.

“Tommy Thomas sendiri bila dijemput ke Majlis Raja-Raja gagal kemukakan hujah balas mengenai perbentangan empat pensyarah itu. Jadinya, ini bukan cerita empat pensyarah ini kelirukan Majlis Raja-Raja, tapi isunya adalah Peguam Negara gagal yakinkan Majlis Raja-Raja dalam isu ini,” katanya dalam Bicara Persada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertajuk Statut Rom: Malaysia ke Arah Mana? di Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut menjadi panel dalam program itu ialah Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM, Prof. Datin Faridah Jalil; Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd. Amin dan Ketua Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi serta moderator oleh pensyarah undang-undang UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Aziah Mohd. Awal.

Pada 7 April lalu, Asheeq Ali mendedahkan mengenai rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lepas.

Asheeq Ali dan lapan rakannya mempersoalkan mengapa kajian itu dijalankan secara sulit tanpa diketahui masyarakat selain mendakwa hujah-hujah rumusan itu bersifat berat sebelah, kerana hanya mempersoalkan sebab Majlis Raja-Raja perlu menolak perjanjian antarabangsa itu.

Rumusan itu dilakukan Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad; Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz; serta dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi. – UTUSAN ONLINE

Tags: Majlis Raja-RajaPeguamStatut RomTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd