• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Politik Ditahan, Salahuddin Nafi Ada Projek

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menafikan ada projek yang sedang dibangunkan kementerian berhubung isu rasuah jam tangan mewah yang terpalit dengan setiausaha politik sehingga ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal, Salahuddin juga memaklumkan yang beliau mahupun kementerian tidak mengambil sebarang tindakan susulan ke atas setiausaha politik tersebut dengan alasan selesa bekerja dengannya.

“Tiada apa-apa projek dan itu nonsense (tidak masuk akal).

“Dia (setiausaha politik) masih lagi bekerja sejak hari pertama keluar daripada tempoh remannya,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kilang susu Goodday di sini, hari ini.

Ujar Salahuddin, penyiasatan dilakukan SPRM setakat ini telah selesai dan beliau menyerahkan kepada undang-undang untuk menentukan nasib lelaki berusia 47 tahun itu.

“Kalau dia kena dakwa, biar undang-undang tentukan (sama ada dakwaan itu betul atau salah),” katanya.

Setiausaha Politik Salahuddin direman empat hari oleh SPRM selepas disyaki menerima suapan berbentuk jam tangan jenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000 tahun lalu dan dibebaskan pada 4 April lalu.

Reman terhadap lelaki itu dilakukan susulan dakwaan pemberian jam tersebut dipercayai sebagai dorongan daripada sebuah syarikat untuk membolehkan projek di bawah kementerian berkenaan dapat dibangunkan.

Tags: rasuahSalahuddin AyubSetiausaha PolitikSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan perbuatan rasuah selagi menjadi...

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd