• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seoul Isytihar Darurat, Kebakaran 5 Bandar Di Gangwon

oleh
05/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Kerajaan Korea Selatan mengisytiharkan darurat bencana kebangsaan pada Jumaat selepas kebakaran besar-besaran melanda 5 bandar dan daerah di sepanjang pantai timur laut, lapor agensi berita Yonhap.

Pengumuman itu dibuat selepas Perdana Menteri, Lee Nak Yon berkata, beliau mencadangkan agar Presiden Moon Jae In mengambil langkah tersebut.

“Kerajaan akan turut memutuskan sama ada meletakkan kawasan yang terjejas sebagai zon bencana khas selepas memeriksa tahap kerosakan,” kata seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Kebakaran itu bermula di sebuah gunung berhampiran pantai timur laut yang menyebabkan seorang lelaki maut dan memusnahkan hutan dan bangunan, dengan jumlah kerosakan meningkat ke tahap yang disifatkan pihak berkuasa sebagai “belum pernah berlaku sebelum ini”.

Kebakaran itu dipercayai bermula di tepi sebatang jalan di Goseong, Wilayah Gangwon kira-kira 160 kilometer dari Seoul, dan merebak dengan cepat ke kawasan berhampiran sebelum menyelubungi Sokcho, Gangneung dan Donghae dalam tempoh beberapa jam dengan angin kencang memarakkan lagi api.

Lebih 870 buah kereta bomba dikejarkan ke lokasi kebakaran di seluruh negara untuk memadamkan api.

Kira-kira 13,000 anggota pasukan penyelamat, temasuk tentera dan polis, bertungkus-lumus berusaha mengawal api dan membantu memindahkan penduduk sejak Khamis malam.

Seorang lelaki disahkan meninggal dunia, manakala 11 lagi cedera.

Lebih 4,200 orang telah dipindahkan.

Kebakaran itu memusnahkan hutan seluas 385 hektar serta sekurang-kurangnya 300 buah rumah dan bangunan di Goseong, Sokcho dan Gangneung, menurut pihak berkuasa.

Antara bangunan yang rosak ialah fasiliti kejururawatan dan tapak perkhemahan komersial – bandar di pantai timur itu adalah tempat peranginan dan destinasi pelancongan yang popular.

Jalan raya dan jalan kereta api telah ditutup, begitu juga 52 buah sekolah dan fasiliti awam lain.

Tags: daruratkebakaranKorea SelatanSeoul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd