• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Tak Tahu Komunikasi Pegawai Bank Dengan Jho Low

oleh
17/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan keempat perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tujuh pertuduhan SRC International Sdn. Bhd. bernilai RM42 juta memaklumkan dia tidak tahu terdapatnya komunikasi antara seorang pegawai bank wanita dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Ahmad Farhan Sharifuddin, 32, yang juga Pegawai Penyiasat kes berkata, pada hari serbuan 6 Julai 2015 dia telah telah bertemu dengan dua pegawai bank yang salah seorangnya bernama Joanna Yu Jing Ping.

Kata saksi itu, dalam pertemuan itu pihaknya kemudian telah meminta dokumen berkaitan 1 Malaysian Development Berhad (IMDB) dan dokumen transaksi berkaitan Najib.

“Saya pernah bertemu dengan Joanna antara Mei dan Jun pada tahun sama bagi rakaman percakapan,” katanya.

Ketika ditanya adakah dia mempunyai pengetahuan bahawa Joanna berkomunikasi dengan Jho Low memandangkan wanita itu merupakan pegawai di bank tersebut, saksi itu menjawab tidak tahu.

“Saya tiada pengetahuan mengenai perkara itu,” katanya.

Saksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Harvinderjit pada hari keempat perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali di Mahkamah Tinggi sini sebentar tadi.

Terdahulu Harvinderjit menunjukkan sebuah buku ‘Billion Dollar Whale’ yang ditulis oleh Asian Wall Street Journal (WSJ) yang mendedahkan terdapat komunikasi melalui telefon bimbit antara Jho Low dan Joanna berhubung kemasukkan sejumlah wang yang dirahsiakan ke dalam AmBank.

Dalam prosiding sama, saksi turut memberitahu, penggeledahan yang dilakukan di AmBank itu adalah bersandarkan arahan daripada Pengarah Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia (BNM).

Katanya tindakan penggeledahan itu dibuat adalah bagi menyiasat satu kesalahan disyaki dilakukan di bank berkenaan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam pada itu, ditanya, adakah dia mempunyai pengetahuan mengenai hasil rampasan itu, saksi itu menjawab ‘Ya’ apabila kesemua rampasan barang kes telah diserahkan pada 7 Julai 2015.

Perbicaraan bersambung lagi esok.

Pasukan pendakwaan diwakili Peguam Negara, Tommy Thomas; Datuk Sulaiman Abdullah, Datuk V. Sithambaran, Datuk Ishak Mohd. Yusoff, Donald Joseph Franklin, Datuk Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Manoj Kurup, Mohd. Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Pasukan pembelaan pula diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh Muhammad Farhan Shafee, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Muhammad Shafee Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah dan Zahria Eleena Redza.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah serta satu pertuduhan menyalahgunakan jawatan berhubung dana SRC.

Kemudian, pada 8 Ogos tahun sama, Najib sekali lagi didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama daripada dana sama milik SRC.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tags: Jho LowNajib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd