• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sains Pertanian Bakal Diperkenalkan Semula Di Sekolah

oleh
29/04/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Mata pelajaran Sains Pertanian akan diperkenalkan semula di sekolah dalam masa terdekat.

Ini berikutan Kementerian Pendidikan melalui Menterinya, Dr. Maszlee Malik dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani secara dasarnya telah bersetuju akan usaha tersebut selepas dibincang dalam mesyuarat kabinet lepas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata proses selanjutnya akan dibincangkan lagi oleh kedua-dua Ketua Setiausaha kementerian (KSU) masing-masing, secepat mungkin.

“Sekarang ini memang ada sekolah-sekolah yang masih mengekalkan aktiviti pertanian tetapi subjek (Sains Pertanian) saya tak pasti. Tapi dulu, ketika tahun 1970, 80an sains pertanian ini satu subjek pilihan untuk lulus peperiksaan.

“Ia sangat berkesan tetapi sekarang untuk menjadikannya sebagai pilihan ataupun sebaliknya, nanti kita fikirkan kemudian. Yang penting, pengetahuan mengenainya diajar kepada pelajar di peringkat awal, kalau boleh di peringkat sekolah rendah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program “MYGREENTEAM“, projek kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LLP) dan Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato´ Penggawa Barat di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi LLP, Datuk Mazlan Aliman; Ketua Pengarah LLP Azulita Salim; dan wakil Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yusman Jamsir.

Mengulas isu petani yang kononnya sukar mendapatkan bekalan benih padi sah hingga terpaksa menggunakan benih padi tidak sah, Salahuddin berkata mana-mana syarikat yang diberikan kontrak membekal benih padi sah itu tetapi tidak mengikut piawaian ditetapkan kementeriannya, bakal berdepan dengan tindakan.

“Saya sudah arahkan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Datuk Salim Parlan untuk menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mengkaji prestasi syarikat terlibat, sama ada mereka beroperasi mengikut prosedur ditetapkan.

“Ini rentetan rungutan daripada pihak petani berhubung perkara ini yang saya sudah ambil maklum dan akan berusaha untuk mengatasinya agar tidak berulang lagi,” katanya.

Tags: Sains PertanianSekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengendali FB ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ Belum Ditangkap

Next Post

Sultan Ibrahim Terima Kunjungan Putera Mahkota Fujairah

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

21/03/2025
1

KLUANG: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi....

Next Post

Sultan Ibrahim Terima Kunjungan Putera Mahkota Fujairah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd