• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM10.7 Juta Diberi Kepada 15 Penerima Melalui Akuan Najib

oleh
19/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa RM10.7 juta diberikan kepada 2 parti komponen Barisan Nasional (BN) serta beberapa individu dan syarikat melalui 2 akaun bank milik Najib Razak.

Pengurus pemprosesan cek AmIslamic Bank Bhd, Badrul Hisam Mohamed berkata SRC International Sdn. Bhd. juga menghantar cek bernilai RM20 juta, dan 1 lagi bernilai RM103,361.17 kepada Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

Badrul yang juga saksi ke-5 dalam kes itu, berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.

Ihsan Perdana dilaporkan dibentuk untuk program tanggungjawab sosial korporat oleh Yayasan 1Malaysia Development Bhd.

Semua bayaran itu dibuat pada 2015.

Walaupun nama perdana menteri tidak dinyatakan dengan jelas, Peguam Negara, Tommy Thomas mendedahkan dalam pernyataan pembukaannya pada 3 April bahawa Najib mengeluarkan 15 cek peribadi dari akaun Perbankan AmPrivate miliknya.

15 penerima itu ialah Vital Spire Sdn. Bhd. (RM140,000), Zulkarnain & Co. (RM2.5 juta), Centre for Strategic Engagement (RM300,000), Lim Soon Ping (RM238,914), ABX Transmasters Sdn. Bhd. (RM100,000), parti politik berpusat di Sabah, Upko (RM1 juta), Yayasan Penyayang Tun Abdul Razak (RM400,000), Solar Shine (RM1 juta), Asmadi Abu Talip (RM50,000), Manisah Othman (RM13,800) Moz Malaysia Sdn. Bhd. (RM56,500), Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang (RM1 juta), Syadillah Enterprise (RM77,300), UMNO bahagian Johor Bahru (RM300,000) dan firma guaman Wan Aishah Mubarak (RM3.5 juta).

Najib berdepan 6 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta ke akaunnya dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan kepada pinjaman RM4 bilion dari SRC International daripada Retirement Fund Inc.

Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di AmIslamic Bank Bhd di Jalan Raja Chulan dan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015. – FMT

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd