• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Motosikal Dirempuh Pikap

oleh
19/04/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dikatakan dirempuh sebuah pikap roda selepas terbabas di jalan Kampung Kerinting, di sini, petang semalam.

Mangsa, Mohamad Farish Aidil Mohd. Zamri, 15, yang menunggang motosikal jenis Comel 110, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK) kira-kira pukul 6.15 pagi ini ketika menerima rawatan lanjut selepas di rujuk dari Hospital Gua Musang.

Bagaimanapun, pemandu pikap jenis Toyota Hilux itu, Lai Seng Khuan, 63, berasal dari Ipoh, Perak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 2.40 petang ketika mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Kampung Kerinting ke Taman Tropika.

Katanya, sebaik tiba di kawasan selekoh jalan itu, motosikal yang ditunggang mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terbalik.

“Mangsa dipercayai terjatuh dan bergelongsor di atas jalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh oleh pikap tersebut.

“Remaja terbabit berasal dari Taman Jaya Baru, Changloon, Kedah mengalami kecederaan teruk di kepala dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di HKK,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, mayat mangsa dibedah siasat di HKK pada pukul 8.30 pagi ini sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Katanya, mengikut hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal tidak mempunyai lesen memandu dan tidak memakai topi kaledar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tags: kemalangan mautremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd