• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Permaisuri Agong Melawat Muzium Ranee Brooke

oleh
26/04/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat melawat Muzium Ranee Brooke yang terletak di bangunan Mahkamah Lama Kuching di sini.

Baginda yang diiringi isteri ketua menteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkenan melihat pameran produk kraftangan yang diadakan.

Tunku Azizah turut berkenan menyertai demonstrasi masakan tradisional Sarawak dan bersalaman dengan beberapa peserta Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) yang mengadakan program di situ.

Ketika di Muzium Ranee Brooke, baginda dipersembahkan cenderamata diraja oleh kerajaan negeri Sarawak berupa senaskhah buku ‘Songket dan Keringkam: Warisan Melayu Sarawak’, sehelai tudung keringkam dan sebuah beg tangan yang disulam khas daripada keringkam emas.

Tunku Azizah dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang ini selepas melakukan lawatan rasmi dua hari ke Sarawak.

Baginda berdua mencatat sejarah sebagai pasangan diraja pertama yang berkunjung ke Lebuh India, sebuah pusat membeli-belah pejalan kaki yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan di sini semalam.

Ini adalah lawatan sulung baginda berdua ke Sarawak setelah Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lepas untuk memperkukuh ikatan silaturahim dengan penduduk di negeri ini.

Tags: Muzium Ranee BrookeRaja Permaisuri Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Lori Sampah Rosak Brek Rempuh 14 Kenderaan

Agong, Permaisuri Zahirkan Ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Umat Islam

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd